Aku telah selesai menggoreng sehingga hangit menduduki kertas peperiksaan akhir bagi subjek Psikologi Pendidikan dalam PTV (MBE 1023). Nasib Si Labu Labi ~ ALIEN ~, lain topik yang aku ulangkaji, lain topik yang dijadikan soalan peperiksaan. Sesungguhnya, nasib malang menimpaku untuk kertas pertama dan kertas kedua peperiksaan akhir. Aku sangat sedih! Sedih umpama turunnya hujan lebat ketika kertas peperiksaan akhirku yang berlangsung petang tadi.

Kesedihanku semakin bertambah parah tatkala melihat prestasi trafik ke blogku yang menjunam dengan teruk. Kalian boleh saksikan kehebatan terjunan papan anjal trafik blogku berdasarkan gambar di atas. Lihatlah pada 28 April 2010, hanya 47 orang sahaja yang sudi berkunjung ke blogku. Semuanya berlaku gara-gara aku tidak melaksanakan operasi blog walking selama beberapa hari disebabkan kehilanganku kesibukanku mengulang kaji pelajaran.

Bukan itu saja, 2 Nuffnang Buffered Earningsku telah selamat menjadi Metered Earnings. Nasibku tidak ubah seperti SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA, DITIMPA PULA ESKALATOR. Sedihnya!



SELAMAT TINGGAL NUFFNANG BUFFERED EARNINGS



JANGAN BERSEDIH ~ ALIEN ~
\(^_^)/






Photo Editing Software: Photoscape
(edit gambar untuk release tension akibat revision)






Gambar di atas tiada kaitan dengan tajuk post. Gambar yang terpapar merupakan kertas peperiksaan akhir bagi subjek Falsafah Pendidikan dalam PTV (MBE 1013) yang telah aku goreng duduki petang tadi. Jangan ditanya bagaimana situasiku setelah menjawab kertas peperiksaan tersebut. Arghhh, BENCI! Soalan-soalannya memang kembar seiras dengan soalan-soalan Semester 1 Sesi 08/09! Aku dah jawab soalan-soalan tu malam tadi, tapi nasibku sememangnya malang. Aku hilang ingatan berkenaan dengan jawapan-jawapan yang telah kucari dan kujawab malam tadi. Aku redha dengan nasib yang menimpaku. Biar apa-apa pun yang berlaku selepas ni, aku terima suratan takdir kehidupanku dengan penuh kerelaan.

Jom kita bergerak ke Pasar Malam Taman Universiti. Oh, nasi kerabu. Dikaulah pengubat duka nestapa di hatiku. Sekian lama aku tidak menjamah nasi kerabu, hari ni baru dikau kutemui (angau tahap kritikal terhadap nasi kerabu). Maklumlah, kali terakhir tekakku dihidangkan dengan keenakan nasi kerabu adalah pada tahun lalu ketika aku menjalani latihan industri di Kuala Lumpur. Setelah aku pulang ke kampung halaman di Sarawak, batang hidung nasi kerabu tidak lagi kutemui (nasi kerabu ada batang hidung?).

Kini, aku kembali semula ke Semenanjung Malaysia. Walaupun aku berada di Selatan Semenanjung Malaysia, akhirnya dikau kutemui jua wahai nasi kerabu. Sungguh teruja hatiku tatkala mataku terpandang kelibat nasi kerabu di pasar malam tadi. Lantas tiga keping RM 1 kuhulurkan kepada penjual dengan hati yang girang. Harganya agak mahal namun aku berpuas hati kerana aku berjaya memperolehi budu dalam kuantiti yang banyak...wakakaka. Sekurang-kurangnya masalah mengidam telur ikan tembakul rindu yang menyeksa jiwa ragaku telah terlerai dan pergi bersama-sama dengan kekecewaanku terhadap kertas peperiksaan tadi.



NASI KERABU PASAR MALAM (RABU) TAMAN UNIVERSITI
("Mak cik, letak budu lebih ye")



NASI KERABU, AKU SANGAT GEMBIRA BERTEMU DENGANMU
\(^_^)/






Esok merupakan tarikh keramat bagi diriku. Aku akan menduduki peperiksaan akhir berteraskan pendidikan buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku. Jika sebelum ini hidupku sentiasa bergelumang dengan bidang IT, kini aku terpaksa menerima hakikat bahawa aku terpaksa menyayangi bidang pendidikan. Sesungguhnya aku tidak menyangka, begini kesudahan hidupku. Bertahun-tahun aku mengabdikan diri kepada bidang IT, sehati dan sejiwa dengan bidang IT, akhirnya terpaksa curang dan beralih arah kepada bidang pendidikan.

Jika diikutkan hatiku ini, ingin sahaja aku gagalkan kesemua keputusan peperiksaan akhir bidang pendidikanku. Aku tidak layak untuk bergelar seorang pendidik. Aku pendiam. Aku brutal. Aku gagap apabila terpaksa berdepan dengan orang ramai. Aku tidak gemar berpenampilan seperti seorang pendidik (bersolek dan berpakaian formal bukan cita rasaku). Aku benci apabila terpaksa berlagak hipokrit. Paling utama dan paling aku takuti, aku tidak mampu memikul beban amanah untuk mendidik anak bangsa.

Jujur aku akui, tugas sebagai seorang pendidik bukannya mudah. Betapa besarnya amanah yang terpikul di atas bahu seorang pendidik untuk menjadikan para pelajar memahami sesuatu konsep dengan terang lagi bersuluh. Tidak sanggup rasanya apabila aku memikirkan, aku akan terjerumus dalam bidang pendidikan berpuluh-puluh tahun lamanya (Insyallah). Kalau niat di hati sekadar ingin memperolehi gaji setiap bulan dan makan gaji buta, no problem...tanggunglah dosa sendiri di akhirat kelak.

Perlukah aku meneruskan perjuanganku sebagai seorang bakal pendidik? Kadang-kala aku terfikir, begitu ramai graduan yang berlumba-lumba untuk menempatkan diri dalam bidang pendidikan. Sesungguhnya, aku salah seorang insan yang bertuah kerana terpilih untuk merasai dunia pendidikan. Aku seharusnya bersyukur dengan pemberian Allah SWT ini.

Kini, aku dalam dilema. Ah, pedulikanlah semua hal yang mengganggu benak fikiranku! Sekarang, aku perlukan konsentrasi yang tinggi bagi menghadapi kertas pertamaku bagi peperiksaan akhir iaitu Falsafah Pendidikan dalam PTV (MBE 1013) pada hari esok. Walau apapun kesudahannya untuk semester ini, sama ada aku berjaya dengan cemerlang atau kecundang dengan teruk, semua itu ketentuan Allah SWT. Allah SWT lebih mengetahui bidang yang terbaik untuk diriku. Aku hanya redha menerima takdir kehidupanku.

Saksikanlah berita terkini mengenai situasi yang melanda diriku...



TERTEKAN
(banyaknya teori pendidikan)



SEDIH
(kenapa aku perlu terjebak dalam bidang pendidikan ni?)



DEMAM
(penat menghafal teori-teori falsafah yang panjang berjela)



MARAH
(bila nak habis teori-teori falsafah ni?)



MENGANTUK
(pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah...)



EMOSI SANGAT TIDAK STABIL
(falsafah, psikologi, pedagogi, teknologi, nak balik Sarawak)



p/s: Gambar-gambar diculik daripada
http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Smiley_green_alien_KO.svg





SEBELUM



SELEPAS


Photo Editing Software: Photoscape






Tajuk: Mendung Tatkala Panas
Tarikh: 24-04-10
Lokasi: Dataran Batu Pahat (Johor)
Model Kamera: Sony Ericsson W910i






Hari ni, Nuffnang telah bermurah hati untuk menampal 1 lagi Buffered Earning (BE) di blogku. Selama dua hari berturut-turut, Nuffnang memberikan kepadaku BE yang baru. Semalam dan hari ni. Terus-terang, aku agak terkejut dengan kehadiran BE yang terbaru pada hari ni. Hal ini disebabkan, saban hari jumlah unique visitors yang berkunjung ke blogku semakin berkurangan ekoran kegagalan aku untuk melaksanakan operasi blog walking seperti biasa. Maklumlah, peperiksaan akhir yang bakal menjelma telah berjaya mengekang pelaksanaan operasi tersebut.

Namun, aku tetap berterima kasih kepada Nuffnang kerana masih memberikan sepenuh kepercayaan terhadap blogku yang tidak seberapa ini. Setakat ini, aku telah memperolehi 7 BE daripada Nuffnang. Kesemua post aku yang berkaitan dengan BE bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan berlagak. Tetapi, sebaliknya sebagai dorongan dan semangat kepada rakan-rakan blogger untuk terus berusaha sehingga berjaya.





NUFFNANG BUFFERED EARNING KE-14



USAHA TANGGA KEJAYAAN
\(^_^)/






Apa yang bertambah 1 lagi? Tak lain, tak bukan...Nuffnang Buffered Earnings (BE). Tatkala otak di dalam kepalaku beku untuk mencari idea bagi penulisan blog, topik ini sajalah yang dapat aku utarakan. Tekanan perasaan yang melanda diriku gara-gara mengulang kaji pelajaran sedikit sebanyak terubat setelah menyaksikan kemunculan BE yang terbaru dalam blogku. Terima kasih Nuffnang...(^_^)

Walaupun ilmu aku agak cetek mengenai BE, di sini aku ingin berkongsi sedikit tips yang telah aku amalkan untuk memperolehi BE.



  • Rajin melakukan operasi BLOG WALKING.
  • Setiap hari, dapatkan jumlah UNIQUE VISITORS melebihi 100 orang ke blog (sila semak akaun Nuffnang).
  • Setiap bulan, UPDATE SURVEY mengenai blog di akaun Nuffnang.


NUFFNANG BUFFERED EARNING KE-13



CAYANG NUFFNANG
\(^_^)/






Gambar diculik daripada
http://cisdel.com/2010/04/16/good-luck-wishes-untuk-exam-versi-lembu-cisdel



28 APRIL 2010 (RABU)
Subjek: Falsafah Pendidikan dalam PTV (MBE 1013)
Masa: 2.30 Petang - 5.00 Petang
Lokasi: Makmal Matematik (FSSW)

30 APRIL 2010 (JUMAAT)
Subjek: Psikologi Pendidikan dalam PTV (MBE 1023)
Masa: 2.30 Petang - 5.00 Petang
Lokasi: Makmal Matematik (FSSW)

3 MEI 2010 (ISNIN)
Subjek: Pedagogi Pendidikan dalam PTV (MBE 1033)
Masa: 2.30 Petang - 5.00 Petang
Lokasi: Makmal Matematik (FSSW)

7 MEI 2010 (JUMAAT)
Subjek: Teknologi Pendidikan dalam PTV (MBE 1053)
Masa: 2.30 Petang - 5.00 Petang
Lokasi: Makmal Matematik (FSSW)


SEMOGA BERJAYA ~ ALIEN ~
\(^_^)/






Apa yang anda nampak dalam gambar di atas? Tiada apa-apa yang pelik? Bagiku suatu kejadian yang aneh. Semenjak aku menyertai Geng Blogger (GB) pada bulan Mac yang lepas, buat julung-julung kalinya aku tersenarai secara SERENTAK di kalangan BLOGGER PALING FRIENDLY dan PROFILE POPULAR HARI INI. Aku rasa macam nak pengsan kejap!

Menurut pengalaman aku yang tidak seberapa dalam dunia GB, senarai BLOGGER PALING FRIENDLY merupakan senarai para blogger yang rajin berkunjung ke profile rakan-rakan GB yang lain dan meninggalkan sepatah dua kata di profile-profile tersebut (betulkan aku seandainya aku silap). Jujur dari dasar hatiku, aku tidak serajin itu untuk menjalankan operasi kunjung-mengunjungi profile rakan-rakan GB yang lain. Komitmen sebagai seorang pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan akhir, menghalang aku untuk meneruskan operasi kunjung-mengunjungi tersebut. Oleh itu, pada pandanganku, aku tidak layak untuk tersenarai di kalangan BLOGGER PALING FRIENDLY. Ramai rakan-rakan GB yang lain lebih layak untuk tersenarai di situ. Maafkan aku rakan-rakan semua.

Aku ingin bertukar ke topik lain untuk seketika. Aku mengakui, sejak aku kembali semula ke dunia blogging pada tahun ni, post-post aku banyak menggunakan ayat-ayat yang formal. Seboleh-bolehnya, aku ingin mengelakkan penggunaan tatabahasa yang salah. Tidak seperti post-post aku pada tahun-tahun lepas yang penuh dengan bahasa pasar, bahasa rojak, singkatan, dan sebagainya. Kini, sekiranya aku terpaksa menggunakan tatabahasa yang salah, ejaaan bahasa pasar atau bahasa rojak, perkataan Bahasa Inggeris, dan sebagainya aku akan pastikan aku meng'italic'kan perkataan atau ayat tersebut. Jika diikutkan hatiku, ingin sahaja aku kembali menggunakan bahasa pasar, bahasa rojak, dan sebagainya seperti suatu ketika dahulu. Lebih mudah untuk meluahkan sebarang emosi tanpa perlu berfikir mengenai kesalahan penggunaan tatabahasa. Sungguhpun begitu, azamku perlu diutamakan iaitu untuk menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan sedaya upaya mengelakkan penggunaan tatabahasa yang salah.

Siapa lagi yang layak untuk memartabatkan Bahasa Malaysia, kalau bukan kita sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia. Sejujurnya aku mengakui tiada 'darah Melayu' yang mengalir dalam diriku kerana aku memiliki darah berjenis B. Maaf hanya gurauan semata-mata...hehehe. Ya, tiada 'darah Melayu' yang mengalir dalam diriku kerana aku lahir hasil campuran tiga kaum di Sarawak iaitu Melanau (bapa) dan Cina + Kayan (ibu). Namun, aku tetap berbangga untuk menggunakan Bahasa Malaysia dalam blogku walaupun banyak kepincangan masih jelas terserlah.

Alamak, aku telah merepek jauh dari topik yang sebenar. Ampunkan kami penunggu gua, ampunkan kami penunggu gua...(^_^). Baiklah, berbalik semula kepada topik asal. Sehingga ke saat ini aku masih kurang mengerti, bagaimana aku boleh tersenarai sebagai BLOGGER PALING FRIENDLY dan PROFILE POPULAR HARI INI? Sedangkan pada hematku, penggunaan ayat-ayat yang terlalu formal akan menyebabkan para pembaca mudah berasa jemu dan blog tersebut tidak akan mendapat sambutan. Tetapi, kejadian sebaliknya pula yang berlaku terhadapku. Sesungguhnya aku tidak mengerti...







Aku cukup bersyukur dengan Nuffnang Buffered Earnings (BE) yang aku perolehi baru-baru ni. Sebelum ni, aku memperolehi 6 BE. Kini, aku memperolehi 5 BE. Walaupun jumlahnya berkurangan, aku tetap bersyukur...sekurang-kurangnya keadaanku tidak seteruk tahun-tahun yang lepas. Ketika itu, ilmu aku tersangatlah cetek mengenai trafik, blog walking, Iklan Nuffnang, dan sebagainya. Ketika itu, aku sudah berputus asa untuk mengemaskini blog. Sehinggalah aku kembali pada tahun ini dengan semangat baru dan azam baru. Aku telah terserempak dengan [blog ini] yang banyak memberikan ilmu kepadaku.

Oh, ya! Nikmatilah paparan terbaru BE yang aku perolehi...hehehe...(^_^)



KOLEKSI NUFFNANG BUFFERED EARNINGS YANG AKU PEROLEHI (TERKINI!)



p/s: Bacaan lanjut mengenai BE boleh diperolehi di
http://dahliajournal.blogspot.com/2010/04/yeahits-buffered-earning.html






Saban hari, ramai pengunjung yang bertanyakan mengenai X-Change Link Widget yang terdapat di blogku. Masing-masing memuji dengan mengatakan widget tersebut kelihatan sangat cool. Terus-terang, tutorial bagi menghasilkan widget tersebut aku perolehi daripada [blog ini].





Oh, hari ni Hari Sabtu. Pukul 7.40 malam kelak di ESPN akan berlangsung perlawanan bola sepak...Manchester United menentang Manchester City. Tapi, post kali ni bukan berkisar mengenai perlawanan bola sepak tersebut. Post kali ni, aku nak buat ulasan mengenai Filem Kick-Ass yang baru aku tonton sebentar tadi.


KICK-ASS - TRAILER



OFFICIAL HIT-GIRL TRAILER (HEBAT!!!!! MY FAVOURITE!!!!!)



HARGA TIKET WAYANG
RM 9
LOKASI PAWAGAM
Big Cinemas Lotus Five Stars, Batu Pahat Mall

SINOPSIS FILEM
Sila baca di http://en.wikipedia.org/wiki/Kick-Ass_%28film%29

ULASAN AKU
Secara peribadi, aku sangat menggemari watak Hit-Girl (rambut berwarna ungu) dalam Filem Kick-Ass. Bayangkanlah aksi seorang kanak-kanak perempuan (11 tahun) yang sangat comel menjadi seorang superhero yang membunuh para penjahat tanpa belas kasihan dengan menggunakan senjata seperti pistol, pisau, dan senjata-senjata lain yang tidak sepatutnya disentuh oleh seorang kanak-kanak PEREMPUAN. Tapi, aku sangat teruja melihat aksi-aksi ganas sebegitu (aku sangat gemar menonton filem-filem bergenre thriller)! Sangat hebat tatkala Hit-Girl menembak kesemua penjahat dengan teknik lompatan dan tembakan yang tepat! Terasa ingin berdiri dan memberi tepukan gemuruh untuk aksi-aksi tersebut (idea gila aku!).

Bagi anda yang tidak cukup kental hatinya untuk menonton adegan pembunuhan, dinasihatkan untuk tidak menonton filem tersebut. Adegan badan berkecai, kepala berkecai, kaki terpotong, dan sebagainya bakal menimbulkan geli-geleman di seluruh saraf badan dan perut anda. Namun begitu, filem ni tidak berteraskan pembunuhan semata-mata. Sesekali, adegan komedi diselitkan bagi mengurangkan ketegangan penonton ketika menonton aksi-aksi pembunuhan.

Secara keseluruhan, 5 BINTANG untuk aksi ganas-comel Hit-Girl SAHAJA. Unsur-unsur komedi yang disatukan dengan unsur-unsur pembunuhan berjaya menambat hatiku untuk terus menonton Filem Kick-Ass selama 1 JAM 57 MINIT.


SELAMAT MENONTON
\(^_^)/






Aku baru saja selesai menyiapkan dan menghantar Laporan Berkumpulan bagi Subjek Teknologi Pendidikan dalam PTV (MBE1053). Tibalah masanya untuk berfoya-foya dengan lelaki simpananku blogku yang tercinta. Oh, ya! Sebentar tadi aku telah berjaya menghasilkan 3 column footer untuk blogku. Walaupun hasil akhirnya kelihatan amat ringkas, namun aku tetap ingin berterima kasih kepada Pak Cik Google kerana telah memudahkan aktiviti penghasilan 3 column footer tadi.

Kenapa aku beria-ria nak hasilkan 3 column footer? Sebabnya...blogku 'kekurangan kasih sayang' untuk meletakkan sebarang widget pada bahagian footer. Hasil bantuan Pak Cik Google yang baik hati, aku telah berjaya menemui pelbagai tutorial yang berkaitan dengan penghasilan 3 column footer. Tetapi, secara ikhlas...aku amat berkenan dengan tutorial daripada [blog ini]. Tutorialnya mudah difahami dan mengandungi modifikasi pada bahagian CSS yang LENGKAP.

Hasil copy paste coding yang telah aku lakukan, aku memperolehi hasil seperti berikut:



SEBELUM (Page Elements - Tiada 3 Column Footer)



SELEPAS (Page Elements - Ada 3 Column Footer)



SEBELUM (Interface - Tiada 3 Column Footer)



SELEPAS (Interface - Ada 3 Column Footer)



Alamak! Apa dah terjadi ni? 3 column footer telah melampaui batas sempadan antarabangsa. Tak suka! Terpaksalah aku melakukan bedah siasat terhadap coding CSS tadi dan melakukan beberapa modifikasi seperti berikut:


/* three column footer CSS Start by BloggerSentral */
#new-footer-wrapper {background: #666666; border: 3px solid #666666; margin: 0 auto; width: 900px; padding: 0 10px 10px 0;}
#column1-wrapper, #column2-wrapper, #column3-wrapper {float: left; display:inline-block; width: 33%; padding: 0px 0px 0px 0px; text-align: left; word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */ overflow: hidden; /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */} .new-footer h2 {margin: 0px 0px 0px 0px; padding: 4px 10px 4px 10px; text-align: left; color: #222222; background: #C1C298; font-weight: bold; font-size: 0.9em;}
.new-footer .widget {margin: 10px 0 0 10px; border: 1px dashed #000000; background: transparent}
.new-footer .widget-content {padding: 10px 5px 10px 5px;}
.new-footer ul {list-style-type: square; margin-left:15px;}
/* three column footer CSS End by BloggerSentral */


Kesudahannya, hasil akhir eksperimen adalah seperti berikut:



SELEPAS MODIFIKASI CODING CSS



SELAMAT MENCUBA
\(^_^)/


p/s: Tutorial penuh boleh diperolehi daripada
http://www.bloggersentral.com/2009/10/how-to-install-three-column-blog-footer.html






Tajuk post kali ni sangat tak relevan. Apa yang Pelik Bin Ajaib, aku pun tak tau. Tetapi, ikhlas dari lubuk sanubariku...amat Pelik Bin Ajaib untuk menyaksikan 3 Iklan Nuffnang yang SAMA bagi LB, SS, dan LR dipaparkan serentak. Untuk pertama kalinya aku melihat fenomena tersebut dalam hidupku. PELIK BIN AJAIB...(^_^)


Oh, ya! Dengan penuh kasih sayang, aku menjemput kalian untuk membaca post aku yang lepas
Iklan Nuffnang Versi Aku-Statik
\(^_^)/






Sebentar tadi, telah berlaku keajaiban yang tak kusangka sama sekali. Entah mengapa, jari-jemari ini terlalu rajin untuk menanyakan soalan cepu emas kepada Pak Cik Google berkenaan dengan masalah yang aku hadapi di Geng Blogger (GB). Sejak mula menyertai GB pada bulan lepas, sehingga beberapa minit tadi...setiap kali aku Ping post terbaru di GB, MUSTAHIL post tersebut akan memaparkan gambar bersama-sama dengannya. Aku cemburu tahap infiniti melihat rakan-rakan GB yang lain tidak mengalami masalah sepertiku. Setelah di Ping, akan wujud sebuah gambar kecil di sisi kiri post mereka...mengapa tidak post aku? Ah, tak boleh jadi ni!

Sebelum ini, bukan aku tidak berusaha untuk menyelesaikan krisisku. Namun, gambar-gambar tersebut terlalu malu untuk mempublisitikan dirinya di GB. Gambar-gambar di bawah membuktikan perang habis-habisanku terhadap GB.



USAHA 1 (tiada gambar terpapar)



USAHA 2 (gambar terlalu segan untuk menunjukkan diri)



Pak Cik Google telah memberikan jawapan yang BERNAS untukku. Cayang Pak Cik Google! Tutorial daripada [blog ini] dan [blog ini] telah berjaya memadamkan api cemburu yang melampau dalam diriku terhadap rakan-rakan GB yang lain...hehehe.


BERJAYA!



Berikut merupakan proses-proses yang telah aku laksana bulan purnama laksanakan sebentar tadi:


1) Sign in ke dalam akaun FeedBurner anda.
2) Klik tajuk blog anda pada bahagian FEED TITLE.
3) Klik Edit Feed Detail.
4) Tukar Original Feed kepada http://wordz-space.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=4
(gantikan wordz-space.blogspot.com dengan URL blog anda)
(max-results=4 merupakan jumlah post yang akan terpapar pada FeedBurner feed anda. Angka yang dibenarkan 1-500)
5) Copy Original Feed anda yang BARU, sebelum klik Save Feed Details.
6) Sign in ke dalam akaun Blogger anda.
7) Klik Settings > Site Feed.
8) Paste Original Feed anda yang BARU ke dalam petak Post Feed Redirect URL.
9) Klik SAVE SETTINGS.
10) Sign in ke dalam akaun Geng Blogger anda.
11) Klik setting > edit (Blog Feed).
12) Paste Original Feed anda yang baru ke dalam petak Blog Feed.
13) Klik Submit.
14) Klik rumah dan anda boleh PING BLOG SAYA seperti biasa.
14) TAMAT...hehehe...(^_^)


Tak faham? Sila rujuk gambar-gambar di bawah:



BAHAN-BAHANNYA LANGKAH-LANGKAHNYA



SELAMAT MENCUBA
\(^_^)/


p/s: Rujukan daripada
http://akumerpatiputih.blogspot.com/2010/03/tak-boleh-ping-entry-di-gengblogger.html
dan
http://blog.namran.net/2009/11/23/why-did-feedburner-stop-my-feed-to-facebook-the-answer


Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top