Esok merupakan tarikh keramat bagi diriku. Aku akan menduduki peperiksaan akhir berteraskan pendidikan buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku. Jika sebelum ini hidupku sentiasa bergelumang dengan bidang IT, kini aku terpaksa menerima hakikat bahawa aku terpaksa menyayangi bidang pendidikan. Sesungguhnya aku tidak menyangka, begini kesudahan hidupku. Bertahun-tahun aku mengabdikan diri kepada bidang IT, sehati dan sejiwa dengan bidang IT, akhirnya terpaksa curang dan beralih arah kepada bidang pendidikan.

Jika diikutkan hatiku ini, ingin sahaja aku gagalkan kesemua keputusan peperiksaan akhir bidang pendidikanku. Aku tidak layak untuk bergelar seorang pendidik. Aku pendiam. Aku brutal. Aku gagap apabila terpaksa berdepan dengan orang ramai. Aku tidak gemar berpenampilan seperti seorang pendidik (bersolek dan berpakaian formal bukan cita rasaku). Aku benci apabila terpaksa berlagak hipokrit. Paling utama dan paling aku takuti, aku tidak mampu memikul beban amanah untuk mendidik anak bangsa.

Jujur aku akui, tugas sebagai seorang pendidik bukannya mudah. Betapa besarnya amanah yang terpikul di atas bahu seorang pendidik untuk menjadikan para pelajar memahami sesuatu konsep dengan terang lagi bersuluh. Tidak sanggup rasanya apabila aku memikirkan, aku akan terjerumus dalam bidang pendidikan berpuluh-puluh tahun lamanya (Insyallah). Kalau niat di hati sekadar ingin memperolehi gaji setiap bulan dan makan gaji buta, no problem...tanggunglah dosa sendiri di akhirat kelak.

Perlukah aku meneruskan perjuanganku sebagai seorang bakal pendidik? Kadang-kala aku terfikir, begitu ramai graduan yang berlumba-lumba untuk menempatkan diri dalam bidang pendidikan. Sesungguhnya, aku salah seorang insan yang bertuah kerana terpilih untuk merasai dunia pendidikan. Aku seharusnya bersyukur dengan pemberian Allah SWT ini.

Kini, aku dalam dilema. Ah, pedulikanlah semua hal yang mengganggu benak fikiranku! Sekarang, aku perlukan konsentrasi yang tinggi bagi menghadapi kertas pertamaku bagi peperiksaan akhir iaitu Falsafah Pendidikan dalam PTV (MBE 1013) pada hari esok. Walau apapun kesudahannya untuk semester ini, sama ada aku berjaya dengan cemerlang atau kecundang dengan teruk, semua itu ketentuan Allah SWT. Allah SWT lebih mengetahui bidang yang terbaik untuk diriku. Aku hanya redha menerima takdir kehidupanku.

Saksikanlah berita terkini mengenai situasi yang melanda diriku...



TERTEKAN
(banyaknya teori pendidikan)



SEDIH
(kenapa aku perlu terjebak dalam bidang pendidikan ni?)



DEMAM
(penat menghafal teori-teori falsafah yang panjang berjela)



MARAH
(bila nak habis teori-teori falsafah ni?)



MENGANTUK
(pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah...)



EMOSI SANGAT TIDAK STABIL
(falsafah, psikologi, pedagogi, teknologi, nak balik Sarawak)



p/s: Gambar-gambar diculik daripada
http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Smiley_green_alien_KO.svg


5 Tukang Kata:

hmm... susah juga jadi pendidik ek.... tapi ilmu yang diberi amat2 bermakna dan digunakan sepanjang hayat.. itulah kelebihan pendidik.. :)



komen entry i juga ye.. klik laju-laju link nih >>BLOGGER-BLOGGER YANG SUSAH DAPAT DAN BAGI KOMEN!! YEEHA!! MARI SAYA TUNJUKKAN CARANYA..



hehehe good luckk ;)

jangan lah cepat berputus asa...kamu seharusnya berbangga kerana akn menjadi bakal pendidik yg mendidik anak bangsa..
semoga berjaya..=)

dik...

sis dulu pun xpernah impikan jadi cikgu..
bg sis cikgu ni kerjaya xglemer...
mmg sblm ni sis kerja bidang glemer...semua akan kata "wah, hebatnya"
tapi bila sis dah berhenti keje, try mcm2 kerja dll, mmg rasa, this is me...sis suka bercakap, suka bila org dgr sis bercakap..hehee... :)
masa keje dulu, jarang bercakap, xbesh :)

good luck oke!!
ganbatte!!
huhhu.

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top