Sebentar tadi, telah berlaku keajaiban yang tak kusangka sama sekali. Entah mengapa, jari-jemari ini terlalu rajin untuk menanyakan soalan cepu emas kepada Pak Cik Google berkenaan dengan masalah yang aku hadapi di Geng Blogger (GB). Sejak mula menyertai GB pada bulan lepas, sehingga beberapa minit tadi...setiap kali aku Ping post terbaru di GB, MUSTAHIL post tersebut akan memaparkan gambar bersama-sama dengannya. Aku cemburu tahap infiniti melihat rakan-rakan GB yang lain tidak mengalami masalah sepertiku. Setelah di Ping, akan wujud sebuah gambar kecil di sisi kiri post mereka...mengapa tidak post aku? Ah, tak boleh jadi ni!

Sebelum ini, bukan aku tidak berusaha untuk menyelesaikan krisisku. Namun, gambar-gambar tersebut terlalu malu untuk mempublisitikan dirinya di GB. Gambar-gambar di bawah membuktikan perang habis-habisanku terhadap GB.



USAHA 1 (tiada gambar terpapar)



USAHA 2 (gambar terlalu segan untuk menunjukkan diri)



Pak Cik Google telah memberikan jawapan yang BERNAS untukku. Cayang Pak Cik Google! Tutorial daripada [blog ini] dan [blog ini] telah berjaya memadamkan api cemburu yang melampau dalam diriku terhadap rakan-rakan GB yang lain...hehehe.


BERJAYA!



Berikut merupakan proses-proses yang telah aku laksana bulan purnama laksanakan sebentar tadi:


1) Sign in ke dalam akaun FeedBurner anda.
2) Klik tajuk blog anda pada bahagian FEED TITLE.
3) Klik Edit Feed Detail.
4) Tukar Original Feed kepada http://wordz-space.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=4
(gantikan wordz-space.blogspot.com dengan URL blog anda)
(max-results=4 merupakan jumlah post yang akan terpapar pada FeedBurner feed anda. Angka yang dibenarkan 1-500)
5) Copy Original Feed anda yang BARU, sebelum klik Save Feed Details.
6) Sign in ke dalam akaun Blogger anda.
7) Klik Settings > Site Feed.
8) Paste Original Feed anda yang BARU ke dalam petak Post Feed Redirect URL.
9) Klik SAVE SETTINGS.
10) Sign in ke dalam akaun Geng Blogger anda.
11) Klik setting > edit (Blog Feed).
12) Paste Original Feed anda yang baru ke dalam petak Blog Feed.
13) Klik Submit.
14) Klik rumah dan anda boleh PING BLOG SAYA seperti biasa.
14) TAMAT...hehehe...(^_^)


Tak faham? Sila rujuk gambar-gambar di bawah:



BAHAN-BAHANNYA LANGKAH-LANGKAHNYA



SELAMAT MENCUBA
\(^_^)/


p/s: Rujukan daripada
http://akumerpatiputih.blogspot.com/2010/03/tak-boleh-ping-entry-di-gengblogger.html
dan
http://blog.namran.net/2009/11/23/why-did-feedburner-stop-my-feed-to-facebook-the-answer


18 Tukang Kata:

wah... usaha yang bersungguh-sungguh dan tahniah! Usaha itu memang tangga kejayaan kan.. :)

panjang tul..
congrate..akhir nye brjaya gak =P

akhirnya sempurna yaa!! hehe

congratz!!!!!!!

aku pun mengalami masalah yang sama gak.. nnt leh try nie..

uih, panjangnyer step..nntla tengahari nnt aku usha..nk melayan tido..hakhak2..eh, jap gi aku gi times square..ape2hal tq yer

pandainya dan rajinnya, kalau wp punye rasa2 ade ke, mengalami masalah yg sama, gambar malu2 kucing

tahniah tahniah tahniahh

hakhak...bagus giler konyer tutorial!!

tahniah bro..hehe

no 7 tuh kalo pakai wordpress self hsting cmne?

yup...usaha MEMANG tangga kejayaan. trima ksh byk2, cikgu...(^_^)

brbaloi2 usaha yg pjg brjela tu...sgt lega. tq very much...(^_^)

hehehe...tq very much...(^_^)

usaha itu lif kejayaan. ;D

NISECA suka merapu

tq 4 da tips....memang ultimately berguna..hahaha,basib bek jumpa blog ni time gulin2 blog jap td..

dah ikut step..thanks..tp kan,sy dah ping,pastu kan nti g kat blog og lain kan,ok,xkisah..tp,bila balik kat link laman utama GB,still ade lg button ping blog tu..ble check kat profil,dah ping dah..ke mmg mcmtu??huhu..

tahniah, akhirnya berjaya. memang frust, kan, tak leh ping. thanks coz put my link. niat asal sy bukan nak buat tutorial pun, cuma mengabadikan kejayaan menyelesaikan masalah ping. kira sifu kita ialah namran, lah kan. saya read tutorial namran, tapi namran tak letak gambar, ada instruction je. saya baca 1 per 1 ayat dia, cuba faham dan imagine kan apa yang dia ajar. lepas dah berjaya, tu yang saya keluarkan gambar, supaya lagi senang faham. tak sangka pula jadi bahan rujukan orang lain, sampai ke hari ni. setiap yang berlaku ada hikmahnya. you give me traffic, actually. I really appreciate it.

wahh..thanks for the info
mmg berguna :)

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top