Oh, hari ni Hari Sabtu. Pukul 7.40 malam kelak di ESPN akan berlangsung perlawanan bola sepak...Manchester United menentang Manchester City. Tapi, post kali ni bukan berkisar mengenai perlawanan bola sepak tersebut. Post kali ni, aku nak buat ulasan mengenai Filem Kick-Ass yang baru aku tonton sebentar tadi.


KICK-ASS - TRAILER



OFFICIAL HIT-GIRL TRAILER (HEBAT!!!!! MY FAVOURITE!!!!!)



HARGA TIKET WAYANG
RM 9
LOKASI PAWAGAM
Big Cinemas Lotus Five Stars, Batu Pahat Mall

SINOPSIS FILEM
Sila baca di http://en.wikipedia.org/wiki/Kick-Ass_%28film%29

ULASAN AKU
Secara peribadi, aku sangat menggemari watak Hit-Girl (rambut berwarna ungu) dalam Filem Kick-Ass. Bayangkanlah aksi seorang kanak-kanak perempuan (11 tahun) yang sangat comel menjadi seorang superhero yang membunuh para penjahat tanpa belas kasihan dengan menggunakan senjata seperti pistol, pisau, dan senjata-senjata lain yang tidak sepatutnya disentuh oleh seorang kanak-kanak PEREMPUAN. Tapi, aku sangat teruja melihat aksi-aksi ganas sebegitu (aku sangat gemar menonton filem-filem bergenre thriller)! Sangat hebat tatkala Hit-Girl menembak kesemua penjahat dengan teknik lompatan dan tembakan yang tepat! Terasa ingin berdiri dan memberi tepukan gemuruh untuk aksi-aksi tersebut (idea gila aku!).

Bagi anda yang tidak cukup kental hatinya untuk menonton adegan pembunuhan, dinasihatkan untuk tidak menonton filem tersebut. Adegan badan berkecai, kepala berkecai, kaki terpotong, dan sebagainya bakal menimbulkan geli-geleman di seluruh saraf badan dan perut anda. Namun begitu, filem ni tidak berteraskan pembunuhan semata-mata. Sesekali, adegan komedi diselitkan bagi mengurangkan ketegangan penonton ketika menonton aksi-aksi pembunuhan.

Secara keseluruhan, 5 BINTANG untuk aksi ganas-comel Hit-Girl SAHAJA. Unsur-unsur komedi yang disatukan dengan unsur-unsur pembunuhan berjaya menambat hatiku untuk terus menonton Filem Kick-Ass selama 1 JAM 57 MINIT.


SELAMAT MENONTON
\(^_^)/


23 Tukang Kata:

Dengarnya, best cerita ini..Ramai ke yang tengok kat bpmall?

brp sgt la populasi manusia d bp ni. td time aku tngok...x la ramai pon. ckup jari tgn + jari kaki aku utk hitung...hehehe...(^_^)

Salam.

Da tengok citer Killer Clown? kalo belum, try tengok dan buat ulasan.

Exchange link:

http://acheestecture.blogspot.com/

kene donlod ni.

kick ass terbaik!

Cam best jer meh la tiket free ekeke..serius lame xpegi tengok wayang sebab sibuk sangat dengan projek..tima kasih WS

haha.bes giler kan citer ni

mcm best aje tajuk filem tu. klu ade ms...aku g tngok & bt ulasan...(^_^)

WAJIB donload...hehehe

yup...totally TERBAEKKKKK!!!

donload aje...torrent kan ade...hehehe

yup...serius BEST GILER! ganas-lawak pny filem. nak aje aku gelak guling2 kat panggung wyg hr tu...wakakaka

xtengok lagi
hehe

tngok jgn x tngok...(^_^)

lamanya xtengok wayang... :)

glory glory MU

wah...best...mesti tgok=)

nantilah nak tengok juga. hihi

singgah senja

citer nie memang kelakar tahap cipan lah. tapi action dia memang superb.

citer kick ass mmg terbaik dr ladang la..haha

hehehe! nice one!

camni aku mesti nak tgk gak nanti....

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top