Gambar di atas merupakan Alexa Traffic Rank bagi 4 orang bloggers yang telah aku pilih secara rawak. Sedang aku sibuk memerhati gelagat Alexa Traffic Rank kepunyaan pelbagai bloggers, aku terpana seketika tatkala aku melihat peningkatan mendadak Alexa Traffic Rank bagi blogku sendiri. Sila lihat gambar-gambar di bawah:


ALEXA TRAFFIC RANK (23 APRIL 2010)



ALEXA TRAFFIC RANK (25 MEI 2010)



ALEXA TRAFFIC RANK (29 MEI 2010)



Satu persoalan yang masih bermain-main di dalam benak fikiranku sehingga kini, bagaimana Alexa Traffic Rank bagi blogku mampu menunjukkan peningkatan yang sangat drastik? Ada tak sesiapa yang boleh menjawab soalanku ini?


TOLONG AKU...AKU BUDAK BARU BELAJAR
(T_T)






Semalam, aku menghilangkan diri daripada dunia blog untuk seketika. Aku terpaksa mengikut keluargaku ke Bandar Sibu atas urusan negara penting yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Sejujurnya, jika tidak disebabkan urusan penting tersebut, tidak ingin kami sekeluarga pergi ke Bandar Sibu melalui jalan darat.


Kenapa? Disebabkan perjalanan daripada Bandar Mukah ke Bandar Sibu melalui jalan darat merupakan sesuatu yang sangat menyeksakan! Jalan raya yang menghubungkan Bandar Mukah dengan Bandar Sibu sangat teruk keadaannya, dipenuhi dengan lubang-lubang, berbatu-batu besar, dan berdebu. Keadaan jalan raya yang berdebu tebal adalah sangat berbahaya ekoran jarak penglihatan pemandu agak terhad bagi melihat kenderaan yang berada di hadapan dan kenderaan daripada arah yang bertentangan. Jika hujan turun dengan lebat pula, ada sahaja kenderaan yang tersangkut di dalam jalan raya yang bertanah becak. Selain itu, banyak kenderaan telah mengalami 'kecederaan teruk' ketika menggunakan jalan raya tersebut.


Jika dahulu, aku boleh muntah hijau sepanjang perjalanan seperti itu. Kini, alah bisa, tegal biasa! Cuma yang menjadi persoalan sekarang, bilakah jalan raya tersebut akan siap sepenuhnya? Selama 7 tahun aku menjadi penduduk Bandar Mukah, penyeksaan menggunakan jalan raya menuju ke Bandar Sibu semakin berterusan seolah-olah tiada penghujung. Ya, aku tidak patut merungut kerana jalan raya di pedalaman Sarawak jauh lebih teruk keadaannya (aku pernah melalui pengalaman itu ketika aku berusia 5 tahun). Jalan raya di pedalaman Sarawak teruk kerana jalan raya tersebut merupakan laluan utama lori-lori balak. Tetapi, Bandar Mukah dan Bandar Sibu bukan terletak di pedalaman dan bukan juga merupakan laluan lori-lori balak. Jalan raya yang menghubungkan Bandar Mukah dan Bandar Sibu seharusnya tidak dibiarkan berkeadaan sebegitu rupa kerana kedua-dua bandar tersebut merupakan nadi utama bagi Bahagian Mukah dan Bahagian Sibu. Mungkin disebabkan itu, rakyat telah bertindak menjatuhkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Sibu (P.212) tempoh hari.

Sila lihat gambar-gambar di bawah sebagai bukti. Oh, ya! Aku mohon kemaafan disebabkan kualiti gambar-gambar yang tidak seberapa. Jalan raya berlubang-lubang, agak sukar untuk mengambil gambar dengan keadaan kereta yang 'melompat-lompat' bak lompatan kijang...(^_^)


PERJALANAN MUKAH - SIBU








KAMI SELAMAT TIBA DI BANDAR SIBU




PERJALANAN SIBU - MUKAH











BUKTI KETIDAKPUASAN PARA PENGGUNA JALAN RAYA TERSEBUT
DI FACEBOOK



JANGAN SAMAN AKU...AKU CUMA RAKYAT BIASA
(T_T)


p/s: Bukti ketidakpuasan rakyat (pengguna jalan raya tersebut)
di Facebook Group boleh dilihat
[di sini]






Alhamdulillah. Pada hari ini, untuk PERTAMA kalinya sepanjang aku bergelar blogger, Nuffnang Buffered Earning (BE) berjenis Large Rectangle (LR) muncul di blogku. Gembiranya hatiku bukan kepalang kerana sebelum ini hanya BE berjenis Leaderboard (LB) sahaja yang gemar muncul di blogku.


NUFFNANG BUFFERED EARNING KE-18 (LR YANG PERTAMA)



TERIMA KASIH NUFFNANG
\(^_^)/






Pada hari ini, aku akan meneruskan kesinambungan tutorial berkaitan dengan kaedah mengubah perkataan Home kepada gambar. Sila klik [di sini] dan [di sini] untuk membaca tutorial yang telah aku hasilkan semalam.

Bagi mengubah perkataan Home kepada gambar, sila laksanakan prosedur-prosedur berikut:



MENGUBAH PERKATAAN HOME

1) Sign in ke dalam akaun Blogger anda.
2) Pada bahagian Dashboard, klik Design > Edit HTML > Expand Widget Templates.
3) Tekan Ctrl + F dan cari


<data:homeMsg/>

4) Gantikan coding tersebut dengan dengan coding ini


<img alt='Home' height='40' src='URL Gambar Pilihan Anda' width='40'/>

5) Sila gantikan URL Gambar Pilihan Anda dengan URL gambar daripada koleksi di bawah.
Seandainya perlu, sila ubah saiz gambar pada coding height dan width.
6) Klik SAVE TEMPLATE.



GAMBAR 1
Older Posts


GAMBAR 2
Older Posts


GAMBAR 3
Older Posts


GAMBAR 4
Older Posts


GAMBAR 5
Older Posts


GAMBAR 6
Older Posts


GAMBAR 7
Older Posts


GAMBAR 8
Older Posts


GAMBAR 9
Older Posts


GAMBAR 10
Older Posts



SELAMAT MENCUBA
\(^_^)/


p/s: Lebih banyak koleksi gambar bagi Home boleh di perolehi [di sini].






Sebelum ini, aku telah memberikan tutorial berkaitan dengan kaedah mengubah perkataan Older Posts kepada gambar. Seterusnya, aku akan menerangkan kaedah mengubah perkataan Newer Posts kepada gambar.

Bagi mengubah perkataan Newer Posts kepada gambar, sila laksanakan prosedur-prosedur berikut:



MENGUBAH PERKATAAN NEWER POSTS

1) Sign in ke dalam akaun Blogger anda.
2) Pada bahagian Dashboard, klik Design > Edit HTML > Expand Widget Templates.
3) Tekan Ctrl + F dan cari


<data:newerPageTitle/>

4) Gantikan coding tersebut dengan dengan coding ini


<img alt='Newer Posts' height='40' src='URL Gambar Pilihan Anda' width='40'/>

5) Sila gantikan URL Gambar Pilihan Anda dengan URL gambar daripada koleksi di bawah.
Seandainya perlu, sila ubah saiz gambar pada coding height dan width.
6) Klik SAVE TEMPLATE.



GAMBAR 1
Older Posts


GAMBAR 2
Older Posts


GAMBAR 3
Older Posts


GAMBAR 4
Older Posts


GAMBAR 5
Older Posts


GAMBAR 6
Older Posts


GAMBAR 7
Older Posts


GAMBAR 8
Older Posts


GAMBAR 9
Older Posts


GAMBAR 10
Older Posts



NANTIKAN TUTORIAL UNTUK MENGUBAH PERKATAAN HOME ESOK
(^_^)


p/s: Lebih banyak koleksi gambar bagi Newer Posts boleh di perolehi [di sini].






Aku amat gemar melakukan eksperimen terhadap coding template blogku. Saban hari, ada sahaja coding yang jahanam aku kerjakan. Tapi, mujurlah aku sentiasa melakukan backup terhadap coding template blogku sebelum upacara modifikasi dilakukan. Baru-baru ini, aku telah berjaya mengubah perkataan Older Posts, Home, dan Newer Posts kepada sesuatu yang lebih menarik seperti gambar di atas.

Sekiranya kalian ingin mengikuti jejak langkah blogku, sila laksanakan prosedur-prosedur berikut:



MENGUBAH PERKATAAN OLDER POSTS

1) Sign in ke dalam akaun Blogger anda.
2) Pada bahagian Dashboard, klik Design > Edit HTML > Expand Widget Templates.
3) Tekan Ctrl + F dan cari


<data:olderPageTitle/>

4) Gantikan coding tersebut dengan dengan coding ini


<img alt='Older Posts' height='40' src='URL Gambar Pilihan Anda' width='40'/>

5) Sila gantikan URL Gambar Pilihan Anda dengan URL gambar daripada koleksi di bawah.
Seandainya perlu, sila ubah saiz gambar pada coding height dan width.
6) Klik SAVE TEMPLATE.



GAMBAR 1
Older Posts


GAMBAR 2
Older Posts


GAMBAR 3
Older Posts


GAMBAR 4
Older Posts


GAMBAR 5
Older Posts


GAMBAR 6
Older Posts


GAMBAR 7
Older Posts


GAMBAR 8
Older Posts


GAMBAR 9
Older Posts


GAMBAR 10
Older Posts



SILA KLIK [DI SINI] UNTUK MENGUBAH PERKATAAN NEWER POSTS
(^_^)


p/s: Lebih banyak koleksi gambar bagi Older Posts boleh di perolehi [di sini].


Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top