Pada 16 Mei 2010, akan berlangsung Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Sibu (P.212) di Sarawak. Seramai 54 695 orang pengundi layak untuk mengundi pada kali ni. Tetapi, post aku untuk hari ni tiada kaitan langsung dengan pilihan raya tersebut. Aku tidak ingin mencemari blogku yang tercinta ni dengan isu-isu politik yang semakin menggila.

Pada hari ni, aku ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai senarai kaum-kaum di Sarawak. Sungguhpun aku merupakan penduduk tetap Sarawak, jujur aku akui terdapat sesetengah kaum yang belum pernah aku ketahui kewujudannya seperti Kaum Kejaman dan Kaum Kajang. Aku baru mengetahui kewujudan kedua-dua kaum tersebut ketika terlibat dengan projek pembangunan Sistem Pengurusan Angkatan Online (SiSPAL), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia pada tahun lepas.

Berikut merupakan senarai kaum-kaum di Sarawak mengikut susunan abjad yang aku ketahui setakat ni:



  • Berawan
  • Bidayuh
  • Bisaya
  • Cina
  • Iban
  • India
  • Kajang
  • Kayan
  • Kedayan
  • Kejaman
  • Kelabit
  • Kenyah
  • Kiput
  • Lun Bawang
  • Melanau
  • Melayu
  • Murut
  • Penan
  • Punan
  • Saban


Aku sendiri merupakan hasil campuran TIGA kaum di Sarawak iaitu
Melanau (bapa) dan Cina + Kayan (ibu)
\(^_^)/


p/s: Gambar diculik daripada

Laman Web Rasmi Kampung Budaya Sarawak


8 Tukang Kata:

proud 2 b sarawakian =)

datanglah kat Baram ada tambah 2 lagi iaitu Saban,Kiput,

yup...me too...(^_^)

tq very much, cikgu. sy dah update list. dah tambah Saban & Kiput...(^_^)

Ada banyak lagi...setakat yang saya tahu..::: Iban Sebuyau, Iban Remuan, Iban Balau, Iban Saribas, Iban ulu Ai, Iban Undup, Iban rajang. Biatah-Padawan, Bukar/Sadong-Serian, Jagoi/ Singai-Bau, Selakau/Lara-Lundu, Melayu Brunei, Dayak Muslim, Melayu Sumatera. melanau Mukah, Melanau Dalat, Melanau Oya, Melanau Matu daro Rejang, Melanau Ba'ie (Bintulu) Melanau Balingian, Melanau Miri, Melanau Igan. Sekapan, Miriek, Vaie Segan, Memaloh, Ukit, Lun Dayeh, Bajau Kubang, Cina India.

sebenarnya banyak lagi kaum di sarawak tok. Ada sumber madah sampei 42 kaum. tapi kebanyakkan nya sidak tok kaum minority jadi susah kita mok ngecam sidak. nok dipadah kitak diatas nun ya cuma kaum2 majoriti ajak ya. ada banyak gik sebenarnya.

Kaum ukit, lahanan, sekapan, beketan, tanjong,

Kaum ukit, lahanan, sekapan, beketan, tanjong,

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top