Penyanyi seksi yang memiliki gelekan panas berpinggang fleksibel, Shakira sememangnya amat sinonim dengan Piala Dunia. Sesiapa yang tidak mengenali Shakira, sila hentak kepala kalian di atas papan kekunci sebanyak 3 kali...hehehe. Post hari ni, aku ingin berkongsi mengenai penglibatan Shakira dalam arena Piala Dunia. Walaupun Shakira tidak pernah terlibat untuk menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Dunia, tetapi beliau seringkali terlibat untuk menceriakan kedatangan Piala Dunia dengan alunan suaranya yang unik.

Piala Dunia 2010 merupakan kali ke-2 Shakira terlibat bagi menghangatkan sambutan terhadap Piala Dunia selepas penglibatan pertama beliau ketika Piala Dunia 2006. Berikut merupakan video muzik beliau bagi Piala Dunia 2006 dan Piala Dunia 2010:





Semalam, aku menghabiskan masa di Laman Web YouTube mencari video muzik penyanyi-penyanyi K-POP (Korean Pop). Ketika aku sibuk melayari laman web tersebut, barulah aku mengetahui bahawa sejenis penyakit misteri telah menjangkiti penyanyi-penyanyi Korea Selatan. Apakah penyakit misteri tersebut? Adakah serius?

Jangan cemas. Penyakit yang menjangkiti mereka hanyalah penyakit DEMAM PIALA DUNIA. Hehehe...(^_^)




Sejujurnya, aku amat mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Korea Selatan. Segenap lapisan masyarakat Korea Selatan sanggup memberikan sokongan padu kepada pasukan bola sepak negara mereka yang sedang bertanding di pentas Piala Dunia 2010. Golongan penyanyi juga tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan bola sepak negara mereka. Masing-masing berlumba-lumba menghasilkan video muzik bagi mengekspresikan sokongan padu mereka.

Tidak percaya? Sila lihat video muzik-video muzik di bawah:



GAMBAR-GAMBAR ADALAH IHSAN PAK CIK GOOGLE


Ramai yang mengutuk aku kerana menyokong Pasukan Korea Selatan. "Ape klas sokong team Korea tuh?" dan "Kau perempuan, ape kau tau pasal bola sepak?", begitulah di antara kata-kata yang menusuk masuk ke dalam lubang telingaku. Ya, aku mengakui Pasukan Korea Selatan tidak sehebat Pasukan Brazil tetapi aku akan tetap menyokong mereka sepanjang berlangsungnya Piala Dunia 2010 kali ini.

Terdapat 2 sebab mengapa aku sanggup menyokong pasukan tersebut. Antaranya ialah:




GAMBAR IHSAN PAK CIK GOOGLE


Tatkala aku sibuk bermanja-manja dengan pelbagai tugasan pada semester yang lepas, aku sering melakukan kunjungan ke Laman Web Scribd. Pelbagai maklumat boleh diperolehi di laman web tersebut bagi menyelesaikan tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Antaranya ialah Rahsia Tapak Tangan. Apakah kaitan rahsia tapak tangan dengan tugasan-tugasanku? Hehehe...sekadar menghiburkan hatiku ketika tekanan perasaan membelenggu diri.

Berikut merupakan rahsia tersebut:



RAHSIA TAPAK TANGAN



JANGAN PERCAYA 100%...SYIRIK!
(T_T)






Semalam, Iklan AirAsia muncul di blogku tanpa henti. Aku tertanya-tanya, adakah aku akan memperolehi Nuffnang Buffered Earning (BE) berjenis Large Rectangle (LR) sekali lagi? Hari ni, aku memeriksa akaun Nuffnangku untuk mendapatkan kepastian. Ternyata tekaanku benar belaka. Aku telah memperolehi BE ke-21.

Kemunculan iklan tersebut di blogku merupakan sesuatu yang agak melucukan kerana dalam post bertajuk Pengalaman Menaiki Kapal Terbang, aku telah mempromosikan MAS bukan AirAsia...hehehe (^_^)



NUFFNANG BUFFERED EARNING KE-21 (LR YANG KE-4)



TERIMA KASIH NUFFNANG
\(^_^)/






Beberapa hari yang lepas, sepanjang aku melaksanakan operasi blog walking, mataku sentiasa menangkap kelibat pelbagai post berkaitan dengan cek daripada Nuffnang di blog rakan-rakan blogger. Hatiku tertanya-tanya, bilakah cek daripada Nuffnang akan kuterima walhal aku telah mengklik 'Cash out my earnings!' pada 27 April 2010 yang lalu.

Petang semalam, penantianku berakhir jua. Cek yang dinanti telah selamat tiba seperti gambar di atas. Sungguhpun nilainya tidak seberapa berbanding rakan-rakan blogger yang lain namun aku tetap bersyukur dengan terteranya RM70.94 di atas cek tersebut. Nilai yang kecil tetapi amat bermakna buat diriku. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang banyak memberikan petua-petua berguna dan pelbagai dorongan sehingga aku berjaya memperolehi cek PERTAMA daripada Nuffnang.

Sehubungan dengan itu, aku ingin merakamkan kronologi kehidupanku bersama-sama dengan Nuffnang dalam post kali ini. Rentetan sejarah tersebut adalah seperti berikut:



29 NOVEMBER 2008
Aku mendaftarkan blogku di http://www.nuffnang.com.my

26 DISEMBER 2008
Blogku memperolehi Nuffnang Buffered Earning yang pertama. Jumlah pengunjung ke blogku ketika itu tidak pernah melepasi angka 10 ekoran ceteknya ilmuku mengenai trafik, blog walking, dan sebagainya. Sehingga kini aku masih tertanya-tanya, bagaimana aku memperolehi Nuffnang Buffered Earning tersebut?

JANUARI 2009
Semangatku untuk terus berdiri di dunia blog semakin pudar. Penulisanku di dunia blog terhenti begitu sahaja. Aku putus asa kerana sambutan terhadap blogku agak hambar dan tiada siapa ingin mengunjungi blogku lagi. Pendapatan dalam akaun Nuffnangku pula, tidak pernah melepasi RM1.

MAC 2010
Aku memperoleh semangat untuk kembali aktif di dunia blog. Berkat tunjuk ajar mahaguru-mahaguru dalam dunia blog, aku sentiasa melaksanakan operasi blog walking bagi mempromosikan blogku. Jumlah pengunjung ke blogku semakin meningkat hasil daripada operasi blog walking tersebut.

15 MAC 2010
Blogku memperolehi Nuffnang Buffered Earning yang kedua. Ketika itu, tidak tergambar betapa gembiranya hatiku. Semangat untuk terus berblogging semakin membara.

27 APRIL 2010
Aku telah mengklik 'Cash out my earnings!' di akaun Nuffnangku.

1 JUN 2010
Aku telah menerima e-mail daripada Nuffnang yang bertajuk 'Confirmation email: Your Nuffnang cheque is on the way!'.

9 JUN 2010
Aku telah menerima CEK PERTAMA DARIPADA NUFFNANG dengan jayanya. Terima kasih Nuffnang...(^_^)


ALHAMDULILLAH
\(^_^)/






Hari ni, aku membuka akaun Nuffnangku seperti biasa. Aku terpana seketika tatkala mataku menangkap kelibat Nuffnang Buffered Earning (BE) yang terbaru di akaunku. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Nuffnang masih ingin memberikan BE ke-20 di blogku yang trafiknya semakin tidak menentu.


NUFFNANG BUFFERED EARNING KE-20 (LR YANG KE-3)



TERIMA KASIH NUFFNANG
\(^_^)/






Hari Isnin? Mengapa tidak hari lain? Setiap minggu, aku pasti akan menantikan kemunculan hari bahagia tersebut. Ini merupakan rahsia terbesar yang aku nak kongsikan di blogku terutamanya kepada Newbies Nuffnang. Oldies Nuffnang sila duduk dengan senyap, OK?


PERHATIAN KEPADA NEWBIES NUFFNANG!

Sila lawat Laman Web Nuffnang dan semak akaun Nuffnang kalian pada Hari Isnin. Hari Isnin merupakan HARI WAJIB bagi Nuffnang mengupdate akaun Nuffnang kalian.


Kalian boleh menyaksikan peningkatan bagi pendapatan kalian berbanding minggu sebelumnya pada setiap Hari Isnin. Dengan syarat, ada di kalangan para pengunjung yang telah mengklik Iklan-iklan Nuffnang di blog kalian. Seandainya tiada sesiapa yang sudi mengklik iklan-iklan tersebut, maka kalian tidak akan dapat menyaksikan peningkatan tersebut.

Oh, ya! Janganlah kalian merajinkan diri untuk menyemak akaun Nuffnang pada pukul 1 pagi setiap Hari Isnin. Ketika itu, staff Nuffnang masih melakukan adegan kuak lentang di atas katil...hehehe


SEKIAN HARAP MAKLUM
\(^_^)/




Pernahkah kalian cuba menggeletek seekor kucing? Aku tidak berani untuk melakukan lagak ngeri sedemikian rupa kerana aku takut kepada kucing. Beginikah aksi seekor kucing apabila digeletek?


SURPRISED KITTY (ORIGINAL)



OH! SANGAT COMEL!
\(^_^)/


---> 25,861,818 VIEWS DI YOUTUBE <---




Kehidupan di asrama sememangnya penuh dengan pelbagai ragam. Lebih seronok seandainya 'hobi gila' di asrama dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan.

Sebentar tadi, aku telah menemui video ni di YouTube. Saksikanlah gelagat para pelajar asrama (tidak diketahui lokasi kejadian) setelah mengambil sejenis minuman dalam kuantiti yang berlebihan.


HOBI GILA DI ASRAMA



MEREKA CUMA MINUM KOPI SECARA BERLEBIHAN
\(^_^)/




GAMBAR IHSAN PAK CIK GOOGLE


Justin Bieber umpama Aaron Carter versi remaja suatu ketika dahulu. Dek kerana kepopularan Justin Bieber, maka ramailah insan mulai mengutuk artis remaja tersebut. Sebentar tadi, aku terserempak dengan video yang menyindir Justin Bieber di YouTube. Wow! Video tersebut sangat kreatif dan berkualiti tinggi umpama video muzik artis terkenal.

Oh, ya! Gambar di atas merupakan gambar davedays iaitu insan yang telah menyanyikan lagu berbaur sindiran tersebut.



JUSTIN BIEBER "BABY" PARODY - I'M JUST A BABY ft. TAY ZONDAY



SELAMAT KETAWA TERBAHAK-BAHAK
\(^_^)/


---> 5,372,858 VIEWS DI YOUTUBE <---


Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top