Beberapa hari yang lepas, sepanjang aku melaksanakan operasi blog walking, mataku sentiasa menangkap kelibat pelbagai post berkaitan dengan cek daripada Nuffnang di blog rakan-rakan blogger. Hatiku tertanya-tanya, bilakah cek daripada Nuffnang akan kuterima walhal aku telah mengklik 'Cash out my earnings!' pada 27 April 2010 yang lalu.

Petang semalam, penantianku berakhir jua. Cek yang dinanti telah selamat tiba seperti gambar di atas. Sungguhpun nilainya tidak seberapa berbanding rakan-rakan blogger yang lain namun aku tetap bersyukur dengan terteranya RM70.94 di atas cek tersebut. Nilai yang kecil tetapi amat bermakna buat diriku. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang banyak memberikan petua-petua berguna dan pelbagai dorongan sehingga aku berjaya memperolehi cek PERTAMA daripada Nuffnang.

Sehubungan dengan itu, aku ingin merakamkan kronologi kehidupanku bersama-sama dengan Nuffnang dalam post kali ini. Rentetan sejarah tersebut adalah seperti berikut:



29 NOVEMBER 2008
Aku mendaftarkan blogku di http://www.nuffnang.com.my

26 DISEMBER 2008
Blogku memperolehi Nuffnang Buffered Earning yang pertama. Jumlah pengunjung ke blogku ketika itu tidak pernah melepasi angka 10 ekoran ceteknya ilmuku mengenai trafik, blog walking, dan sebagainya. Sehingga kini aku masih tertanya-tanya, bagaimana aku memperolehi Nuffnang Buffered Earning tersebut?

JANUARI 2009
Semangatku untuk terus berdiri di dunia blog semakin pudar. Penulisanku di dunia blog terhenti begitu sahaja. Aku putus asa kerana sambutan terhadap blogku agak hambar dan tiada siapa ingin mengunjungi blogku lagi. Pendapatan dalam akaun Nuffnangku pula, tidak pernah melepasi RM1.

MAC 2010
Aku memperoleh semangat untuk kembali aktif di dunia blog. Berkat tunjuk ajar mahaguru-mahaguru dalam dunia blog, aku sentiasa melaksanakan operasi blog walking bagi mempromosikan blogku. Jumlah pengunjung ke blogku semakin meningkat hasil daripada operasi blog walking tersebut.

15 MAC 2010
Blogku memperolehi Nuffnang Buffered Earning yang kedua. Ketika itu, tidak tergambar betapa gembiranya hatiku. Semangat untuk terus berblogging semakin membara.

27 APRIL 2010
Aku telah mengklik 'Cash out my earnings!' di akaun Nuffnangku.

1 JUN 2010
Aku telah menerima e-mail daripada Nuffnang yang bertajuk 'Confirmation email: Your Nuffnang cheque is on the way!'.

9 JUN 2010
Aku telah menerima CEK PERTAMA DARIPADA NUFFNANG dengan jayanya. Terima kasih Nuffnang...(^_^)


ALHAMDULILLAH
\(^_^)/


10 Tukang Kata:

wahhh tahniah!! teruskan berblogging! :D

tahniah! tahniah! nanti belanja makan..heheh

wahhh, share la cmne nk naikkan trafic. baru je nk stat ngan nuffnang ni. hehe.

salam.. tahniah! :)

wahhhh..tahniah..aku lak tahun bila ek boleh cash out..

tahniah!!

tahniah.. huk huk.. masih menunggu check yg otw.. T__T

tahniah.................

waaa...dah dpt income.blh belanja ni..

wahhhhhhhhh... congrates!

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top