GAMBAR-GAMBAR ADALAH IHSAN PAK CIK GOOGLE


Ramai yang mengutuk aku kerana menyokong Pasukan Korea Selatan. "Ape klas sokong team Korea tuh?" dan "Kau perempuan, ape kau tau pasal bola sepak?", begitulah di antara kata-kata yang menusuk masuk ke dalam lubang telingaku. Ya, aku mengakui Pasukan Korea Selatan tidak sehebat Pasukan Brazil tetapi aku akan tetap menyokong mereka sepanjang berlangsungnya Piala Dunia 2010 kali ini.

Terdapat 2 sebab mengapa aku sanggup menyokong pasukan tersebut. Antaranya ialah:




1) MEMILIKI SEMANGAT JUANG YANG TINGGI


Umum mengetahui, Pasukan Korea Selatan memiliki semangat juang yang tinggi dalam bidang sukan. Salah satu buktinya, adalah ketika Wonder Girls Pasukan Korea Selatan merampas gelaran Juara Piala Uber 2010 daripada juara bertahan iaitu Pasukan China. Pasti kalian masih ingat sejarah yang tercipta pada tahun 2002. Dunia telah menyaksikan kehebatan pasukan daripada ASIA tersebut ketika berlangsungnya Piala Dunia 2002. Berbekalkan semangat juang yang tinggi, mereka telah layak ke perlawanan separuh akhir menentang Pasukan Jerman. Namun, mereka terpaksa akur terhadap kehebatan Pasukan Jerman setelah tumpas dengan mata 0-1 dan sekaligus menidakkan mereka untuk bertanding di Pentas Akhir Piala Dunia 2002.


2) MEMPUNYAI PARA PENYOKONG YANG HEBAT


Aku sangat gemar kepada sorakan daripada para penyokong Pasukan Korea Selatan. Sorakan yang penuh dengan SEMANGAT, KREATIF, dan MERIAH. Seandainya kalian pernah menyaksikan Piala Dunia 2002, kalian pasti terhibur dan terpegun dengan sorakan daripada para penyokong Pasukan Korea. Kalau tidak salah, terdapat 3 jenis sorakan daripada mereka ketika itu.


SORAKAN 1



SORAKAN 2
(kegemaranku)



SORAKAN 3
(sila abaikan tahun 2006 itu)



Pada 11 Jun 2010 yang lepas, Pasukan Korea Selatan telah BERJAYA membenamkan Pasukan Greece dengan mata kemenangan 2-0. Walaupun aku agak kecewa kerana tidak dapat menyaksikan perlawanan di antara kedua-dua pasukan berkenaan (RTM tidak menyiarkan perlawanan tersebut), namun aku cukup berbangga atas kejayaan mereka.


KEJAYAAN PASUKAN KOREA SELATAN MENGALAHKAN PASUKAN GREECE
(gambar ihsan fifa.com)



Berikut merupakan senarai pemain bagi Pasukan Korea Selatan pada Piala Dunia 2010 kali ini. Terima kasih kepada Laman Web FIFA.


SENARAI PEMAIN BAGI PASUKAN KOREA SELATAN
(gambar ihsan fifa.com)



Sila perhatikan nama pemain yang memakai jersi nombor 7. Kenalkah kalian siapa pemain tersebut? Itulah PARK JI SUNG, pemain bagi PASUKAN MANCHESTER UNITED! Ketika perlawanan menentang Pasukan Greece tempoh hari, Stadium Port Elizabeth telah menjadi saksi kejayaan Park Ji Sung menjaringkan gol ke-2 untuk negaranya pada minit ke-52.


PARK JI SUNG
(gambar ihsan fifa.com)



AJA-AJA FIGHTING PASUKAN KOREA SELATAN!
\(^_^)/



4 Tukang Kata:

yup.. piala dunia kali ni nampak seolah-olah korea selatan lebih baik dari yg lepas.. apa pun aku pun akan menyokong wakil dari asia ni..

hehehe

at least

ada gak nak sokong dari belah asia ni ha

ngeeeeeeee

pminat korea ek

sorakan penyokong korea memang terbaik arrr...

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top