Di hari raya,terkenang daku kepada si dia,
Kampung ku indah nun jauh di sana,
Ayah serta bonda.....

Sob2.Sedih2,pertama kalinya aku beraya kat perantauan.Aku n housemates aku dah puas berendam airmata malam tadi.Bengkak2 mata masing2 pagi ni.Ditambah lagi dengan aktiviti memotong bawang merah yang menimbun nak wat rendang daging,makin menjadi2 la program ni.Mujur la x menitis airmata aku dalam rempah rendang,kalo x gerenti ade la senior yang tangkap cintan kat aku sat lagi.

"Ida,udah la tu otter rendang.Dah sedap pun.Ade la orang teringat2 kat ko pas raya ni.Hihihi".
"O mak ko terpelanting.Terkejut aku,ko ni.X bleh tgok aku idup senang sikit.Suka la menyakat aku".Marah ku pada Intan.Dah tau aku kuat melatah,g sergah lagi.Maunya x terpelanting senduk.Intan tekan2 perut,lawak sangat la tu.Aku kenakan ko balik jap lagi.Tunggu la.Ade lori ade bas,jap lagi aku balas.
"Jom hidangkan makanan.Jap lagi geng Mat Kool n Kak Nasha nak datang".Kak Ira selaku ketua rumah bg arahan.Respect la weh.Hehe.Aku n Intan pun cam lipas kudung menghidang makanan kat ruang tamu.Raya ni ktorang masak ketupat dengan rendang n kuah kacang omputih (xde kacang tanah)je as main dish.Ade la sikit kuih raya kiriman dari Msia.Boleh la nak merasa kata orang. Habis dah rempah rendang bekalan idup aku.Nampak gayanya kenalah aku order lagi rempah rendang ni tahun depan.Kebetulan raya jatuh hari Sabtu,dapatlah ktorang beraya dengan tenang.Kalo x,xde maknanya nak berendang2.Bertendang ke kampus ade la.
"Ida,tgok tudung aku.Ok x?"
"Dah ok dah.Ko ni obsess tol dengan tudung ko?Dah habis bape taun betolkan tudung je Cik Kak.Xde sapa eh nak mengorat hang sat lagi".
"Ko ni,Ke situ lak.Penampilan tu penting.Kalo xde orang nak mengorat aku,aku mengorat la sape2 jap lagi.Hahaha".

Gatal tol la.Kak Ira senyum je tgok gelagat aku n Intan.Dua2 junior dia nih nakal.Nak wat camne,redha jelah .

"Assalamualaikum".Datang dah kengkawan Kak Ira.Aku n Intan blah,dok memerap kat dapur.Ktorang dok pasang telinga,dah macam lintah dah aku rasa.Macam2 la dorang borak.Exam susah,Doctor garang,Assignment menimbun la.Seram lak aku.Ntah dorang ni saje nak takutkan ktorang x??
"Ida,Intan.Awat memerap kat dapur?Mai la join kami kat sini.".Aku n Intan terkezut dengar suara gergasi Kak Ira.Mak aih,die panggil suh kita keluar la.Xmo la aku.Aku dah bertolak2 dah dengan Intan,xmo keluar dulu.Ape la Intan,tadi sibuk nak mengorat,sekarang ni join Kelab Pemerap Dapur lak.Alik2 Kak Ira terjengol depan ktorang.

"Isk korang ni.Akak nak kenalkan dengan kawan2 akak je.Bukannya nak suh kamu berpidato depan dorang"
"Segan la kak.Ktorang jadi pemalu arini .Seyessssssssss."
"Segan napenya?Awak xde hidung.Melaram sikit punya cun,memerap kat dapur.Korang2(siap geleng kepala lagi)".

Kak Ira tarik tangan aku.Aku lak tarik tangan si Intan,Dah macam gerabak keretapi dah aku rasa.

"Guys,ni housemate i.Intan n Syahida.Ha,dorang ni single lagi.Boleh la sape2 nak masuk line.Peace".Ces,ade lak manusia yang tangkap gambar ktorang.Dorang ni selamba betol.Kak Ira pun satu,g jadi Agensi Mencari Jodoh lak.Aku rasa muka aku dah panas mase tu.Intan tersengih2 cam kerang wangi.

"Pak Syeikh,ko x nak cuba ke?Btw nama abang,Imran.Panggil Im je.Abang dah berpunya,dia belum lagi",kata sorang mamat ni sambil tunjuk jari dia kat sorang hamba Allah yang dok tengah sedap melantak.Boleh tahan gak la muka dia,ala2 arab sikit.Ade janggut weh,lepas dah satu ciri lelaki idaman aku.

"Ha.Pak Syeikh,ko nak yang mane?Kalo nak yang wat rendang sedap tuh,yang baju purple ni.Kalo nak yang reti mengemas,yang baju pink.Dipilih…dipilih.",Kak Ira wat promosi untuk kesian kalinya.Aku dah malu dah.Mak,nak lari!!!!!!!!!!!Mamat tu wat dunno je.Melantak x hengat dunia.Senyum pun tidak bila kawan2 dia mengusik dia.Entah2 datang dari planet Marikh x?Pasal tu jakun sangat bila jumpa ketupat n rendang.Muka serius nak mampus,mesti asal dari hutan dulu ni.X reti sangat nak bergaul dengan orang sekeliling.Anak Tarzan kot.

"Sedap.Kalah rendang ko Nasha."Loh,ade suara rupanya.Ingatkan dia bisu,dok dari tadi cemberut muka macam orang sembelit..Mamat tu tersenyum sambil tunjuk thumb kat aku.
"Hahaha.Ko ni Pak Syeikh.Kalo lagi x habis makan,lagi tu la ko x mo bercakap.Kire jadilah yang purple ni ye.Ira,aku jadi wakil Pak Syeikh,".Kak Nasha lak join sekaki.Masak la aku kerja dek senior ni.

------------------------------------

Aku cek yahoo mail.Bertimbun email yang queue nak dibaca.Musim exam2 ni,mane la ade masa nak layan tenet.Buku gemok2 ni menimbun,dah la fact la tu.Paling banyak email dari Frendster la.Aku pun xlayan dah frendster-menster ni musim exam ni.Dulu rajin gak la aku hanto testi,sekarang ni x de maknanye sume.

Eh,ade orang add aku la jadi fren .Bertambah lagi bilangan manusia kat friendster aku.Ok gak la,boleh memanjangkan silaturrahim.Hafiq Fadly added you as a friend.Aku pun click approve.X peduli la sape mamat ni.Kalo aku block n wat x peduli,dia kata aku sombong lak sat lagi.X rugi ramai kawan kat dunia ni.

"Udah la tu bukak frendster.Exam anatomy sok die x tanya bape ramai dah friend ko".Aku kena sound dek Intan dah.Dah lama rupenye dia dok belakang aku.Aku sikit pun x perasan.

"Yelah.Aku tau.Ni baru cek email.dah beratus dah.Sat lagi aku shut down la laptop.Jgn bimbannggggg".

------------------------------------

Friendster message:Ida cute now your fren on frenster.Yes,dia accept.Hepinyeeeeeeeeeee.Balik2 je dari beraya rumah Ira,aku terus search nama Syahida kat frenster..X bleh nak view lak coz die wat private profile.Perasan cun la tu.Isk2,terkutuk lak.Aku terus add minah ni. Sebenarnya dialah yang kerap hadir dalam mimpi aku bila aku wat Solat Isthikarah.Terkedu aku masa jumpa hari raya tu sampai2 mesti dia ingat aku jakun dengan rendang.Huhuhu.

Terasa lagi kelazatan rendang air tangan Syahida aritu.Macam masakan ibu.Aku bukan saja nak sombong masa beraya aritu tapi aku rasa semacam dalam hati aku.First time ni.Berdetup-detap macam kena letup.Masalah hati ni.Aku telah bangun(senior aku marah bile kata jatuh coz cinta wat kita lebih semangat nak hidup )hati.Nak plak bila minah ni nak karate aku masa kat dapur raya tuh,lagi la berbunga-bunga rasa suka.

"Sori.Gelas2 ni sy nak letak mana?".Tanya aku kat housemate Ira yang tengah syok basuh pinggan.Sorang je,yang baju pink tu de lak.Enjoynye die wat keja.Siap nanyi lagu raya lagi.Bleh tahan gak suara die.
"Oh,syg.Ko tercampak".Kuat melatah rupanya budak baju purple ni.Mesti tengah berangan ni.X pasal2 die sayang kat aku di hari raya ni.Macam sketsa dah aku rasa.Tangan die dah ready nak karate aku.Die pusing tgok aku,pastu muka dia terus merah.Malu la tu.
"sori."
"Takpe2,letak je kat situ".Minah yang blushing nih terus sambung wat keje.Bercakap x pandang aku pun.Cover malu la tu.Hehe
"Jangan layan sangat Afiq.Blaja dulu.Kalo failed ape cite?xkan nak sara anak orang pakai daun??".Aku pujuk hati.

Layan friendster la jap.Ha,tgok profile Syahida cute nih.Mane tau ade dia describe pasal soulmate impian dia.Boleh la aku prepare awal2.Mane tau dia berkenan dengan aku.Nasib orang sape tau kan?
Hometown:Temerloh,Pahang.
Status:Single.
Me,myself n I.I’m ordinary girl n learn to be extra ordinary.
Who I want to me:Abah,mak......(Banyaknye nama)..hamba Allah yang telah ditakdirkan menjadi pemimpinku.(xde sepatah pun describtion die..melepas aku)..huhuhu.

Hantar testi la:
Salam perkenalan.
May Allah bless u always.

------------------------------------

Daun2 pokok dah kuning sume..tunggu masa nak gugur je.Yehaaaaaaaaaa,suke aku.Pasni bleh cuti 3 bulan.Aku plan nak travel benua Eropah ni.Seronok2..exam pun dah habis,so aku wat program menternak lemak kat rumah.Macam dipam2 la aku pasni.=)

Friendster comment aku penuh dengan testi dari si Hafiq Fadly.Anak sape pun aku xtau.Dah die hantar,aku biar jelah.Mostly tazkirah n kata2 nasihat yang membina...Tapi sape die pun aku xtau.Rajin gak aku g siasat die punye friendster tapi xde sekeping pun gambar die.Mamat ni sentimental tol,diel letak gambar bunga tulips,falls,macam2 alam semula jadi la.Pencinta alam tol.Lulus dah interview peringkat pertama jadi bakal suami aku. Kalo x,aku dah ajak kahwin lari dah.Haha….kahwin masa perang.Nak kena tembak,dok la static.Hehe

"Oit,ade seceret admire.X share dengan aku pun".
"Pandai la ko Intan.Biase la friendster.Orang x kenal pun bleh leave testi".
"Ko jgn nak goreng aku k.Ko punye freindster tu private profile.Yang kenal ko je boleh tgok."
"Aaaaaaaaaaaaa………."Tergagap2 dah aku.Alert lak minah ni.Segan dah aku.
"Nak kelentong aku ye?Lupakanlah niat ko tu.Cite la weh".
"Aku x kenal tol.Ko tgok la sendiri profile die.Xde gambo die pun,dah puas aku siasat tau".
"Ha,aku ade idea.Ape kata ko message die.Berkenalakn dengan die.Aku rasa ko x pernah balas papa pun kat die kan.Patut la die kacau ko sampai sekarang".
"Xmo la aku.Kang die kate aku terhegeh2 lak."
"x nak sudah.Aku bising pun ko bukan nak dengar pun.Wat bazir air liur aku je".Intan terus Blah.Suka sangat wat aku terkejut.Tapi ada betulnya apa yang Intan cakap tu.Sampai bila mamat ni nak memisterikan diri.Aku kena berani.Go,go Ida.U Can do it.Jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiiiiiiiiiiiiiii.

------------------------------------

Ape ke jenis manusianya si Syahida ni.Dah 2 bulan aku men"comment’ profile die tapi xde respon satu pun.Die xde rase curious nak tahu sape aku ke?Isk2,sadisnya la idup aku.Nape la aku boleh suka kat perempuan cam Syahida tu.Dah banyak kali aku terserempak dengan Syahida,tapi die just senyum je kat aku.Aku nak tegur tapi cam ade emas bertongkol2 kat mulut.Berat semacam je.Aku rasa Syahida x tau aku ni Pak Syeikh.Yelah,aku g letak gambar2 alam sekitar tu kat gambar aku.Silap aribulan,dia ingat aku pekerja Alam Flora yang kursus kat Ireland ni.Takat ni aku rasa Syahida ni single lagi.Kalo die lepas kat orang lain,merana la aku.

Aku kena berubah ni.I’ll initiate this relationship.Ibu,ketar lak lutut.Takpelah,next time je.Huhuhu.
Aku cek message inbox friendster.Eh,Syahida ade hantar message la.Rasa cam nak melompat time tu juga.Hepi weh.

Salam.boleh x sy nak tau awak siapa?Seram la awak ni.Psycho semacam je.Huhuhu.

Die kate aku psycho.Sampai hati tol la.Aku yang sikit punya hensem ni jadi psycho.X leh diterima akal tol.Salah aku gak kan.Sape soh memisterikan diri sendiri.Aku bagi YM aku kat Syahida n suh dia add aku kat list die.

------------------------------------

"Nak add ke x?Add jelah.Tgok cara cam sopan je si Hafiq Fadly ni..
X sampai seminit,ade YM confirmation kata si Hafiq tu dah approve.Em,sape la hamba Allah ni?Seram gak aku.

Pak Syeikh is online.Pak Syeikh tu display kat Hafiq Fadly punya YM ID.Loh,mamat yang x ingat dunia time makan tu ke.Maluuuuuuuuuuuuuu.aku termelatah depan die.Muka die terkejut habis time tangan aku dah terangkat nak karate die aritu.Xmo la aku tegur die.Aku terus tukar status jadi Invisible to Everyone.

------------------------------------

"Aik,berdesup die sign out.Ape kes minah ni ?Aku rasa dia cuak dengan aku kot.Yelah,kat message pun die kata aku psycho.Nak berdepan lagi la die seram.Aku bukan makan orang pun.Perempuan2.Pelik tapi benar.

Biarlah dia.Xkan lari gunung dikejar Hafiq.Baik aku siasat dengan Ira.Tapi segan la kalo Ira tau aku ade hati dengan housemate die.Mula la canang cerita kat semua budak kelas sok.Aha,aku tau camne.Aku terus meninvisblekan die.Mane la tau die meng"available"kan diri semula bila fikir aku sign out.Hehe,geliga gak otak aku nih.=)

Sangkaan aku tepat.X lama after aku wat2 invi,si Syahida available semula.Serang die.hehe.
Buzzzzzzzzzzz
Salam
Wslm….Sepatah aku tanye,sepatah Syahida jawab.Isk,die ni memang pendiam eh.Takpe next time,kite YM lagi.Rupa2nya si Syahida ni amatlah kepoh manusianya.Pas sesi patah sepatah YM tu,aku jadi agak rapat dengan Syahida..Macam2 kisah la die share dengan aku..Best rupanya kawan dengan dia.
Aku dah nak habis kat QUB,minggu depan nak graduate dah.Nak balik msia demi berkhidmat kepada Negara.Aisyeh,cam nak jadi askar lak aku ye.Ibu n ayah dah sampai 2 hari lepas.So,aku ambik la masa sikit bawa dorang jalan2 kat bumi Ireland ni.

------------------------------------

Pak Syeikh dah selamat sampai ke Malaysia.Sekarang ni dia dok tanam anggur kat rumah b4 posting.Macam2 complain bila dia sampai kat Msia.Panas lah,sesak la.Isk,banyak cekadak lak mamat ni.Redha jelah.Aku ni sikit punya nak balik Msia,x tercapai lagi hasrat hati.Pagi2 aku tengah best berselimut,ade hamba Allah buzz aku.Pak Syeikh la,sape lagi.Isk,dah pagi pun kat Msia sekarang ni.Nape la die x tido lagi.Layan jelah.

"Syahida,sy nak alamat Msia awak boleh?"
"Nak watpe".
"Xde ape2,nak simpan la.Mane tau jodoh sy cepat,boleh hantar kat jempuatan kat awak".
"Nak kahwin dah ke?Bgus la,tahniah.Tapi x yah la alamat tu coz Sy bukan kat msia pun skrg ni.Kalo dah confirm nnt,jgn lupa bgtau tarikh.Sy hantar hadiah doa dari jauh".
"Nak juga.Nnt awak boleh simpan kad ni kalo dah balik.Boleh ye".Isk,macam2 perangai la manusia ni.bagi jelah,bukannya susah pun.
"Em,ok.Ni alamat rumah:No 90..........…………..".
"Hehe.Tq Syahida.Nnt sy hantar kad paling besar kat awak..Nite,nak tdo.Esok ade hal Negara kne settle kan.Wslm".

Nape aku sebak lak rasa bila die bgtau dia nak kahwin.Ade urusan Negara,mesti g jumpa keluarga pihak perempuan ni.Hati,jangan la sedih.Biarlah dia,dia berhak nak tentukan masa depan dia.Xkan la die nak dekat aku yang dia anggap x lebih dari sorang junior ni.Ramai lagi manusia yang sepadan dengan die.Pak Syeikh2,ade awek pun nak berahsia dengan aku.Tapi takat aku kenal die,x pernah pun die bgtau pasal perempuan lain.Agak2 dia tau x perasaan aku ye.

------------------------------------

Ibu call bgtau ada surat panggil masuk kerja dah sampai.Bergegas aku balik ke Gombak pas dapat kol,mujur la dah selesai urusan Negara ni:lawatan x rasmi ke rumah bakal mentua.Hehe..X sabar dah aku nak tau aku posting kat mana.Mudah-mudahan kat Semenanjung la,xmo aku jauh dengan family dah.Cukup la 5 tahun kat perantauan tu.
Buka2 surat,aku dilanda perasaan kuciwa.Mak aih,kne g Sandakan.Aku hanya menurut perintah!!!!!!!.
Malam tu,aku start packing2 barang aku teringat kat Syahida.Sal la dia x jeles bila aku bgtau aku nak kawin.Aku kne berterus terang gak dengan dia malam ni.
"salam,sy dah dapat surat.Kne posting kat Sandakan,Sabah.Skrg ni tgh packing barang"
"Haha.merantau lagi die.Xpe2 ..bwk2 bersabar"

Macam2 cerita si Syahida ni.Aku dulu pun berkawan dengan dia truYM,frendster je.Xpenah aku keluar dengan die je berdua je sepanjang aku kat sana.Syahida antara yang aktif dengan Persatuan Pelajar kat sana.Busy memanjang,VIP la katakan.camne nak cakap kat die ye.Aku pun beranikan diri aku yang x berapa berani ni.

"Sy tersuka awak boleh x Syahida?"
"Haha,tersuka.Macam2 la awak ni Pak Syeikh.".
"Sy cakap betol la.Sy x main2.Sy nak ambik awak jadi permaisuri saya bila masanya dah sampai".
"Em,malas nak caya.Lelaki ni mulut manis je.Jumpa perempuan cun sikit,hilang la semua janji dia".
"Sungguh.Allah je yang tau betapa sy sayangkan awak.Sy yakin awaklah yang tercipta untuk saya".

YM x berbalas.Ya Allah,ape aku dah buat.Dah banyak kali Syahida mengatakan prinsipnya x nak bercinta kat aku.Nape aku terlepas gak ni.

"Pak Syeikh,sy belum bersedia untuk smua ni tapi sy hargai perasaan awak pada sy.Kalau betol awak sayangkan sy,kita x perlu lagi berhubung macam ni.Sy takut fitnah n hanyut dengan tuntutan nafsu.Awak sendiri pun maklum kan semua ni."

"X nak contact dah.Awak biar betul?’.Sengaja aku menguji si dia.Padahal aku dah maklum prinsip die nih.N aku pun faham akan tuntutan syarak n tata cara pernikahan Muslim.
"Yelah.xkan x betol lak.Kalo awak sygkan sy,biarlah Allah sebagai saksi.Cukuplah sy,awak dan Allah swt sahaja yang tahu rasa hati kita.Dah sampai masa,awak mintalah saya dari abah sy.Tapi lagi satu syarat penting,awak kenalah tackle hati abah saya.Abah sy ni garang tau,silap aribulan kena kejar dengan parang la awak.".Tenang je ayat Syahida.
"Insyaallah,sy janji akan setia pada awak.Awak balik je dari Belfast,sy akan minta izin abah menikahi awak.Pasal abah awak tu,pandailah sy nak tackle hati dia.=)".balas aku dengan senyuman di bibir.X terkata aku dengan perkhabaran ni.Terus aku sujud syukur atas penerimaan ini.

------------------------------------

Aku dah balik kat Malaysia.Berdebar gak aku meningatkan janji yang termeterai antara aku dengan Pak Syeikh.Malam dia bgtau perasaan dia kat aku tu,berdebarnya Tuhan je yang tahu.N takat cite dari Nazmi,xde sape pun yang datang jumpa abah aku masa aku dok Ireland dulu.Takut kat abah aku rupanya si Pak Syeikh nih.

Kak Ira sambung specialist kat UK.Die kata dah bg no phone aku kat Hafiq coz die minta.Mujur dia x syak apa2.Maknanya,die simpan la rahsia ktorang ni.Tunggu punya tunggu xde gak.Dah masuk lima bulan dah time ni.Hati aku dah rasa cam kena siat dah.Ya Allah,tabahkan hatiku.Last2 bulan ke-6,aku malas dah nak menunggu.Bila hp aku ranap kena air laut masa kat Port Dickson,aku terus beli no baru.Selamat jalan romeoooooooooo.

------------------------------------

Yeeeeeeeeeeeeeppi!!!!!!!!!!!Finally,aku bleh balik rumah gak julungnya dalam minggu ni.Tinggal seminggu je lagi aku nak habis intership.Pasni aku ambik exam n then jadi MO.Yehaaaaaaaaa,suke2.Penatnya macam kena belasah n gaduh dengan naga tau.Rasanya masa wat clinical kat U dulu xde la seksa camni walaupun seksa gak.Hectic giler.Aku masuk keje kol 8 pagi semalam n baru boleh balik rumah kol 9 pagi ni,dah tu plak aku kena cukupkan masa kerja 100jam/minggu.Huhuhu..Mujur la ade bilik nak rehat n salin baju,kalo x masam tahap gaban dah baju aku.Tambah2 sadis bila aku kne masuk kat Emergency Department time melaram pakai coat putih ni sebelum aku merdeka kecik.Redha jelah aku.Huhuhu.

"Nasib la,Ida.Dah keje ko camtu!!Ko redha jelah..Huhuhu",aku pujuk diri aku.Yelah,nak suh sape lagi pujuk.Kalo aku mengadu kat mak ni,kne lecture la aku.Makin capang la telinga aku yang dah sedia lebar ni.Silap aribulan,jadi anak gajah lak aku.Mak aku dah warning awal2 bila aku bgtau nak sambung medic dulu.Macam2 tokoh la die bagi kat aku tapi aku yakin aku mampu hadapi cabaran2 dunia kedokteran ni.Tapi hujah aku lagi kuat bila aku ambik Dr.Siti Zaharah jadi icon aku.Mak aku terus diam.Yelah,mane bleh nak lawan Menteri Kesihatan kan.Hehe.So,here I’am.Abah aku jenis pendiam sikit.Abah hanya akan senyum bila aku merungut dengan ke"Hectic"an aku.

Macam2 kes ade:kena sengat tebuan masa sekodeng dusun Pak Aji,accident masa nak g dating dengan aweks(dalam hati aku mengutuk2 mamat ni…buaya darat btol,padan muka accident),n x kurang juga kes2 yang memerlukan aku jadi pelari pecut Negara.Kalo aku lumba lari dengan Petra Nabila,aku rasa dia mesti aku bagi menang punya.Hehe.X terungkap dengan kata2 penatnya,kena terus memaniskam muka walaupun aku dah rase Orbicuralis Oris aku dah dislocated dah.Huhuhu.Ethics weh!!!!!!!!Ape guna score A kalo x practikkan.NI jelah yang aku mampu score A mase ambik medic dulu.Susah weh!!!

"Ida,bila sampai?X dengar bunyi tapak kaki pun,alik2 muncul depan pintu",tegur housemate aku,Rina.Rina dan jadi MO sekarang ni.Rina tua setahun dari aku.Untung tol coz die masuk medical skol after matriculation.Aku yang kononnya lepas ke over the sea ni tua mengabihkan Medic je.Yelah,2 tahun ambik A-level(mujur aku lepas walaupun result cukup2 makan je)n then baru fly.Aku punye course 5 tahun gak tapi jarang dapat balik Msia.Padan muka aku tercampak kat bumi orang.Nak sangat dok perantauan n masuk Salam Perantauan.Ade 4 gambar aku yang glamer keluar surat khabar mak kerat n framekan.Mesti korang pelik,nape la aku x hantar yang lagi setahun tu???tEtttttttttttttttttttttttttttt,.Macammana nak hantar kalo aku dah ade kat Msia time tuh,kat KL lagi.Baik aku g sendiri kat Berita Harian je,kata aku nak merompak dorang.Confirm,glamer satu Msia muka aku time tu.Sume muka depan surat khabar ade muka ku.Ces,ade hati nak jadi gile glemer tu.=)

"Aku ingatkan ko syahid lagi.Tu yang aku masuk still James Bond ni.Hehe"
"Xde maknyanya.Aku nak keluar dating sat lagi.X tertahan rindu kat Hilmi Baby.Dah seminggu aku x jumpa dia tau.Cepatlah bulan 10.Jgn jeles lak Ida.Haha".Si Rina ni,kalo bercakap bersembur2 air liur.Infected aku kang.Tau la nak menikah bulan 10 ni,jgn la nak tergedik2 depan aku.Geli betol.
"Pi gi dah.Ko ingat aku jeles ke tgok ko dengan papan luncur tu??Kalo cam Bradd Pit,nak gak aku jadi pappa razi n tackle die.Haha( Ces,ade hati jadi perampas tunang orang lak aku ni ye.Simpang malaikat 44 le dari aku wat perangai buruk ni.)Ni Hilmi,tolong sikit!!!".Aku panggil si Hilmi ni Papan Luncur coz kerempeng sangat.Kalo kena tolak di angina ribut,confirm terbang .Jadi layang2 la ko Hilmi.

"Papan luncur ke kerangga ke,Hilmi tetap jadi POJAAN HATIKU",balas si Rina dengan slanga ala2 P.Ramlee dalam filem Bujang Lapok.

"X kisah la Rina.Aku nak tidur ni,weng2 dah kepala aku ni.Concussion,laceration,sume dah ade.Sebelum aku jadi PHD(Permanent Head Damage),baik aku tidur dulu.Huwaaaaaaaaaaaaaaa,mengantoknya mak aih".Luas bebeno mulut aku menguap.Hepi la Cik Tan wat rombongan sambil belajar kat dalam mulut aku.Kalo mak aku tgok ni,kne seligi la aku jawabnya.Aku terus tanggal tudung kepala n jinjit beg galas aku masuk bilik.

"Oit,aku x masak siang ni.So,ko kne makan luar la jap lagi.Tapi aku dah watkan sandwich.Boleh la ko wat alas perut sebelum ke alam maya".X dan aku nak bukak pintu,si Rina dah terlolong semula.Buat sandwich tu,mesti dating kat taman bunga or tepi tasik ni.Kikiki.Suka hati ko la Rina,yang penting ko hepi.=)

"Ko tinggal jelah atas meja.Nnt kalo lapo aku makan.Aku rasa kalo aku makan time ni,ntah2 tersumbat dalam hidung. X pasal2 bulu idung aku yang kenyang sat lagi".

"Haha,poyo la ko Ida.Gud nite,babeh",Si Rina dah tekan2 perut ketawa.Ape yang kelakar pun aku xtau.Macam die x kenal je aku yang memang suka menggabankan kata2 ni.Em,whatever.Mata aku dah berat.Aku terus wat aksi Superman loncat atas katil n gollllllllllllllllllllllll.Moh kembara ke alam mimpi.=).

------------------------------------

"Doktor Afiq,ada patient baru masuk.Sekarang kat ICU,heart attack.Here the record".Nurul,salah sorang nurse kat Cardiology Department HosHAS menyerahkan file data pesakit kat aku sambil tersenyum.Die nak tacke aku ke?Isk,perasan tol aku ni.Dah la kes emergency,ada hati lagi nak bajet hensem.Hehe.Aku memang macho ape!!!=)

"Oh,ic.Let me see first.Cardiologist yang lain mana ye?Dr.Lee n Dr.Hani?Sy dah nak balik dah sebenarnya ni,my duty dah habis".Aku geling jam kat tangan,dah kol 4.45.15 minit lagi boleh balik.Mane Lee n Hani ni?,Selalu dia yang stand by.Mesti ade conference ni,x pun kne balik Kuantan semula.Al-maklumlah,hospital baru ni de doctor sangat lagi.Nama je hospital pakar,pakarnya boleh dikira dengan jari.Kne share doktor dengan Hospital Kuantan lagi.Aku lah salah sorang yang kena turun naik Kuantan Temerloh tu.

"Dr.Lee ade kne bg ceramah kat HUKM n Dr.Hani MC today.Morning sickness die teruk sangat,doc".Macam aku kne stay je jap lagi.Redha jelah aku.La,Hani pregnant rupanya.Patut la cemberut semacam bila hubby die kne transfer ke KL aritu.Tension la kot,kne berjuahan dengan suami dalam keadaan berbadan dua.
Aku sok nak isteri aku dok kat sebelah aku je sepanjang masa.Kalo die pregnant,aku nak minta cuti.Temankan dia sampai la dia selamat lahirkan anak aku.So,aku nak kumpul duit banyak2 sekarang ni,nnt minta cuti x bergaji.Hehe.Tapi kahwin2 gak,aku nak kahwin dengan sape ye?Xkan la dengan Nurul?Xmo la aku.Em,aku nak jadi pencinta yang setia.Nurul Syahida,sampai masa kita akan bersama akhirnya.Insyaallah.

"Ok.Kalo camtu,prepare room sekarang.Get ready apa yang patut,"arahku pada Nurul.Aku terus bergegas ke ICU.Camni la tour kerja doctor,kne stand by sepanjang masa.Tengah best mimpikan puteri raja pun ilang bila dapat kol dari ospital.Aku antara cardiologist paling muda kat Msia sekarang ni.Alhamdulillah,rezeki aku murah.Dah jadi specialist masa umur 30 tahun.Pas confirm jadi MO,aku terus register kat USM.N here I’m rite now.

Aku belek record patient kat tangan aku.Nama:Saad bin Rahmat.Macam pernah ku dengar namanya tapi dimana ya??X penting la sume tu,the most important thing sekarang ni selamatkan patient ni.

"Ya Allah,permudahkan aku melaksanakan tanggungjawabku ini.Amin",doaku dalam hati.Saat macam ni paling cuak sekali bila kat ospital.Kes2 emergency yang memerlukan penanganan segera n kebijaksanaan ambik tindakan.N perkara yang paling aku takutkan kalo aku gagal selamatkan patient.Dalam-kelamaan,aku tersedar akan khilafnya aku sebagai seorang hamba.Hidup atau matinya insan ketentuannya di tangan Allah swt.

Berpeluh gak la aku mengadap kes ni.Even this case categorized in moderate stage,I have to be careful.Silap satu step,naya patient.Early n wise intervention paling penting.Denyutan nadi n chest wall movement die lemah sungguh.Alhamdulillah,pas 2 jam berhempas pulas,patient dah stabil sikit.Aku menarik nafas lega.Alhamdulillah.

Aku solat kat surau hospital b4 balik rumah memandangkan jap lagi Maghrib dah nak masuk.Kalo balik rumah terus,ntah pukul brape aku solat.Dah la solat solo,camne nak latih diri jadi pemimpin keluarga sok.Sian kat Nurul Syahida dapat suami macam aku nnt.

Nurul Syahida,kat mana la dia sekarang ni ye?Mesti makin cun sekarang ni.Rindunya la aku kat minah ni.Aku lost contact dengan dia bila aku tercampak kat Hospital Sandakan masa wat internship enam tahun dulu. Janji tinggal janji,aku x tersunting lagi bunga di taman larangan tuh.Ira selaku orang tengah lak g sambung blaja kat UK sekarang ni,susah tol idup aku,Dah dekat setahun Syahida balik Msia tapi die wat internship kat mana pun aku xtau.Masa dia balik aritu,aku tgh sibuk kat USM.Ikutkan hati,aku nak g jemput kat KLIA.Aku pernah try contact phone number yang Ira bagi xde dalam senarai.Ira,pedajal aku ape?

.Kalo dulu muka cun die tu tersorok di sebalik ke"rock"an suara n gaya dia.Tapi hati aku dah terpikat start masa first time jumpa lagi.Penangan rendang daging dia masa raya tulah wat aku x pernah lupa kat dia sampai la sekarang.Cukup lengkap pakej nak jadi isteri solehah.Aku dah bersedia segalanya.Insyaallah,tapi tuan punya badan lak hilang ntah ke mana.

"Ya Allah,aku lemah dalam cinta ini.Andai cintaku ini di bawah keredhaan-Mu,permudahkanlah pertemuan kami.Aku merinduinya,Ya Allah.Jika dialah yang kau takdirkan menjadi pasangan hidupku,satukanlah hati kami biarpun kami jauh kerna jarak dunia.Ya Allah,jauhilah cinta kami dari memberi fitnah pada agama-Mu.Amin."Doaku panjatkan usai solat.Moga cinta ini mendapat redha-Mu,Ya Allah.

Aku teringat pesan Tok Guru Ali di surau kawasan perumahan aku.Tujuan membina rumah tangga adalah mencari redha Illahi,jadi jangan cemari dengan kemaksiatan dalam menujunya.Amanat ini aku pegang kukuh dalam hati.Tuhan sahaja yang tahu betapa dalamnya kasih aku kat Syahida. Ramai yang kata aku bodoh coz x ikut je permintaan die.Ramai gak yang kata Ida ade pakwe lain,sebb tu die suh aku tunggu sampai habis belajar.Aku tau pasal Ida,xkannya dia nak wat perangai buruk camtu..Biarlah apa pendapat orang,aku yakin akan ketentuan takdir dari Allah swt.Andai dah tertulis Nurul Syahida binti Saad adalah Hawa aku,sampai masa pasti bersama.

Aku teringat sesuatu,Saad.Saad bin Rahmat..Ya Allah,patient aku tadi ayah Syahida rupanya.Patut la rasa macam pernah dengar.Aku dah pernah jumpa dah b4 this.Nape la aku boleh x ingat td.No wonder pun,case emergency.Pueh la nak berborak dalam ward.Huhuhu.Pak Cik Saad yang peramah dan sokmo tersenyum waktu kunjungan x rasmi aku ke Kg Beringin dulu.Pak Cik Saad pun x tau sapa n nape aku datang masa tu?Aku wat2 nak g memancing kat kolam ujung kampong Syahida sebelum aku berangkat ke Sandakan dulu.Kononnya aku budak KL yang nak g memancing tapi tersesat.Padahal jalan straight je dalam kampong tuh.Ayah Syahida sangat2 la baik hati,macam anak dia gak.

Orang kata:nak tacke anak,kne tackle bapak dulu.Mak Syahida xde masa aku rayap tu.Rasanya Syahida pun xtau pasal ni coz sampai sekarang ni die x pernah serang aku Nampak gayanya,aku kena cepat2 tunaikan janji aku kat Syahida dulu.ASAP. Ya Allah,terima kasih atas kesempatan ini.

------------------------------------

Ringtone Nur Kasih membingit kat telinga aku.Dah kol 7.30 malam.Lama giler aku tidur.Huhuhu.Aku capai handphone,si Nazmi adik aku yang kol.Nak ape la adik aku ni?Kacau orang nak tido tol.Dalam mamai2 n selebet tu,aku letak handphone kat telinga.

"Assalamualaikum.Hello,adik.Ade ape eh?Kak Dik tgh tido ni"
"Wslm.Hello,Kak Dik dapat sms dari Along x?’
"Along ade hantar sms ke?Kak Dik x perasan la.Tido maut.Semalam akak on call.Nape Mie?"
"Akak bawak rileks dulu.Tenang2 dulu"
"Ape adik.Cepat la bgtau.Akak gabra dah ni".Aku terus bangun.Genyeh2 mata n ikat rambut yang dah macam Albert Einstein ni.Kalo la orang tgok,mesti cabut lari.Dengan mata merah,rambut serabai ni,sape yang x seram.
"Abah kena heart attack.Masuk ICU petang tadi.Sekarang ni kat HosHAS,dah stabil dah.Mak n Along gilir2 tunggu abah sekarang ni.Adik baru je sampai ni ".
"Ye ke adik.Kak Dik nak balik la camni.Huhu.Akak tidur mati dari kol 11 td.Ni baru bangun.Akak try apply cuti.Kalo dapat,malam ni gak akak balik Pahang".
"O,ok.Mak kata akak x yah risau sangat.Abah dah stabil.Em,drivel leklok kalo dapat balik.Jangan ingat nak cepat sampai je.Take care ok"
"K.Akak nak kol head of department dulu.Kalo ade pape,cepat2 rodger akak k"
"Ok,doc.Assalamualaikum"
"Wslm.Kirim salam kat semua"

Ya Allah,teruk betol aku tidur.Ade 5 sms n Aku terus masuk bilik air.Dari pagi x mandi.Mujur aku off,kalo x banyak gak la nak qada solat.Huhuhu.Pas bersiram dengan bestnya,aku terus kol Dr Razif.Alhamdulillah,aku dapat cuti dengan mudah.Mestilah,kes emergency.Die pun mesti faham punya.Aku bgtau kat si Rina minta tolong isikan surat cuti aku esok.Pack barang sikit2….aku terus VrOmmmmmmmmmmmmmmmm.Berderum MyVi aku membelah keheningan malam apartmen aku.

Aku sampai kat HosHas kol 10 malam.Memang laju gak aku drive:120km/jam.Aku terus bergegas ke wad 7.Mujur la ade lif,kalo x pueh aku nak naik tangga ke tingkat 4 ni.
"Apelah orang2 ni.Orang sakit jantung letak tempat tinggi.X patut tol",gomel aku dalam hati.Macam ulasan la ko,Idal.Ade je x pueh hati.Mula2 nurse tu x bagi aku masuk.Yelah,nak melawat tgh2 malam,sape yang izinkan.Lepas aku mengayat sikit,dia izinkan gak.Yesssssssssss.

Mak balik dengan Nazmi malam tu.Aku dah warning si Nazmi hantar mak pagi2 esok.Nazmi ni suka sangat extend waktu tidur kalo dah balik rumah.Kang x pasal2 mak aku naik teksi g ospital.Die yessssssssss je memanjang.Kalo x wat esok,tunggu la nak kena piat telinga dengan akak dia yang garang ni.

------------------------------------

Sal aku dengar baby ketawa ni?Bila masa lak aku ade anak,anak hantu ke?Ke aku mimpi je?Biarlah.Aku terus tutup mata,pagi lagi ni.Makin lama,makin kuat baby tu ketawa.La,alarm clock aku rupanya.Sape lak yang menukar tone ni.X rock langsung kalo orang tau.Dah kol 5 pagi rupanya.Kne bersiap2 g masjid ni,solat Subuh jemaah n tazkirah pagi.

Aku sampai awal kat ospital arini.Car park pun lengang lagi.Baru kol 7.15.Perut aku pun lapar semacam nih,baik aku p isi dulu.Kol 8,kne masuk n ward round.Pekena roti canai n milo pagi2 ni syok gak.teringat kat nasihat keramat ibu masa aku balik cuti bulan lepas.Aku la,wat perangai macam x jumpa masak lemak.Dah kena amanat.

"Selera tol kamu makan Fiq.Seronok ibu tgok kamu".
"Dah lama rindu nak makan masak lemak ni.Kat Pahang xde yang KAw macam ibu buat.Afiq try buat pun x sama.".Aku nak wat??Mane la aku reti bab masak-memamsak nih.Nak kelentong mak aku lak.Mak senyum je tgok gelagat aku.
"Tulah kamu.Ibu suruh kamu kahwin,macam2 alasan kamu bagi.Belum ready lah,itulah..inilah.Semua calon pilihan ibu ade je cacat celanya.Ntah perempuan macammna yang kamu nak pun,ibu x tau."
"Ibu,sampai masa Afiq kahwin la.Ibu jangan risau k.Calon Afiq nnt gerenti ibu suka punya.Cayelah cakap Afiq,"aku pujuk Ibu.Tak sempat aku nak kenalkan ibu dengan Syahida masa kat Belfast dulu,kalo x ibu mesti x bisng macam sekarang.

Ibu senyum je. Ibu dah banyak kali bising pasal isteri.Yelah kan,umur aku pun dah 30 tahun.Kawan aku si Asyraf tu dah 2 orang anak dia.Aku pun ade anak gak ape:anak tekak!!Hehe.Die pun dah malas nak layan aku.Macam2 jenis perempuan dah dia tayang kat aku.Cikgu,lawyer even doctor pun ada.Aku pun x teringat nama2 perempuan yang ibu berkenan tu.Susah nak kata weh.Hati aku ni tetap pada yang satu.Aku x pernah cite pun kat ibu aku pasal Syahida tapi dia dapat agak la aku tunggu someone.Alik2 dia pasrah je dengan keputusan aku.

"Afiq,jauh u menung.Dah sampai Ireland ke?Dah dekat kol 8,steady lagi melepak kat sini.Isk2",teguran Hani menyentakkan lamunan aku.Kat tangan dia ada buah mangga,muda lagi.Apelah perempuan mengandung,suka sangat makan masam?X faham aku.Tapi elok gak la untuk elakkan muntah.Sian kat isteri kesayangan Rizal ni.

"X sampai lagi.Baru nak naik flight.U la kacau.Haha".Mengarut je aku ni.Mak aih,5 minit lagi kol 8.Terkejar2 aku bayar makanan n then terus marathon g lapor diri.Tol gak kata ibu aritu.Dalam aku terkocoh2 naik lif,sempat lagi aku menjeling perempuan bertudung krim yang dok best sembang kat kaunter pertanyaan .Ketawa dia tu mengganggu ketenangan pagi aku.Dah la borak dengan Sarah kecoh,lagi la bingit suasana.Macam pernah ku dengar ketawa tu,tapi di mana ye?

------------------------------------


"Lama betul x jumpa ko Sarah.Makin mengancam sekarang.Bila nak kahwin?"
"Ko ni.xde topic lain kalo jumpa.Bulan 12 ni.Nnt aku hantar kad undangan.Sibuk tanya kat orang,ko bila plak??."Blushing muka Sarah masa ni.Hai,sume kawan aku dah jadi bini orang,bakal bini n x tau la kalo bekas bini orang kan.Rasenya xde lagi.Padan muka aku,Sarah kenakan aku balik.
"Xde calon la Sarah.Ko la tolong carikan.Haha"
"Pandai la ko.Sat lagi,ade la yang x kena di hati ko.Pendek sangat la,misai lebat la,Xde janggut la.Gasak aku dengan ko punya taste ni.Dulu Shakir nak kat ko,ko jual mahal.Nak tunggu Pak Syeikh la.Sekarang ni,ko kemana,Pak Syeikh kemana?".Siap dengan geleng2 sekali Minah ni.
"Pak Syeikh kna paksa balik tanah Arab la. Dia tunggu aku kat Masjidil Haram.Aku lak x cukup duit nak g sana.Pasal tu x jumpa2 sampai sekarang.".
"Malas aku nak layan ko.Macam aku xkenal je sapa ko Ida.Suma rahsia dalam poket aku tau x.Weh,bos aku dah datang.Aku gerak dulu.Nnt kite cite lagi.Jangan lupa kol aku nnt.Jgn ilangkan handphone lagi tau,susah aku nak contact ko."Sarah berlalu sambil melekap tangan ke telinga.Ye2,nanti aku kol.
Aku terserempak dengan Sarah masa nak turun dari wad abah tadi.Punya la lama x jumpa Sarah.Seotai2 Sarah,dah bertunang.Aku lak,single-mingle lagi.Rasenya aku dah jadi Ayu dah.Xde la rock n roll macam kat Ireland dulu.Sal la xde doktor2 kat ospital aku tu mengayat aku.Kalo aku buka mulut kat Rina,x pasal2 aku yang kne lazer.Biarlah aku diam je.

‘Bukannya xde orang xmo kat ko.Ko tu yang x nak.Setia sangat kat orang yang ntah kat ceruk mana.Kalo aku lah kne ayat dek Syakir,dah lama aku suh die masuk meminang.Ko wat lawak pula,maunya mamat tu x berasap,"leter Rina bila aku dok bising bila dia bgtau dia dah bertunang.Tinggal la aku sorang2 kat Apartmen ni bulan 10 ni.Sob2.Rina,jgn tinggal daku!!!!!!!!!!!!!

Mak dah lama sampai n sekarang ni tgh temankan abah kat wad.Aku jaga abah dengan sebenar2nya malam tadi.X tdo walaupun sekejap.Yelah,mata aku dah sembap tido pas balik ospital semalam.Ada sesuatu yang menarik perhatian aku masa melintas kat entrance hospital nih.Eh,die ade senaraikan nama doktor2 yang bertugas.Senang orang court nak cari kalo kena saman.Haha.Tapi ada gak kebaikan kat aku,bleh la aku wat program Jejak Kasih sat lagi.Manalah tau ade hamba Allah yang aku kenal,boleh la suh dia blanja aku makan.Ade je idea nakal aku ni.Isk2.

Satu persatu nama kat depan aku aku baca dalam hati.Siap wat statistic lagi,kebarangkalian pun ade.Kesimpulannya ramainya la doctor bukan bumiputera kat ospital ni.Sume department aku check sampai la yang last kat Cardiology..Head department:DR.Lee Chin Eng.Chinese selalu enjoy bab2 cardio ni.Tambah lagi sorang bukan bumiputera kat bidang professional.Ces,dah jadi pengulas semasa dah aku.Doktor Pakar:Dr Hani Ezrina.Huyoooooooo,ade gak perempuan jadi cardiologist.Kagum2.Next name:Dr Mohd Hafiq Fadly.Jap,Hafiq Fadly.Hafiq Fadly,aku rasa cam kenal.Tapi aku x panggil dia dengan nama Hafiq,Fadly pun x?…Eh,.bukan ke die ni Pak Syeikh??????????

------------------------------------

Berdebar jantung aku,palpitation weh.Almaklumlah nak jumpa bakal mertua.Kakkaa,giler tol aku ni.Ikut hati nak g aku bgtau mak abah Syahida aku nak masuk meminang anak dia sekarang juga.Tapi kena sabarlah kan.masanya akan datang gak.
"Selamat pagi makcik.Sy nak periksa pak cik,boleh ya".Informed consent kena jaga.Mak Syahida senyum n mengangguk tanda setuju.Tapi aku pelik tgok mak dia renung aku macam semacam.Nape lak ni.Lek Afiq,siapkan keje ko dulu.sat lagi soal siasat la.
"Em,pak cik dah stabil.Kalo xde apa2 masalah lagi,2 hari lagi dah boleh keluar.Insyaallah".
"Terima kasih doctor.Pak cik kamu ni dah lama x kena serangan jantung ni.Semalam bawak berkuat sikit,g bersihkan kolam ikan belakang rumah.X sampai sejam pastu,terus tumbang.Risau betol mak cik",cerita mak Syahida tanpa sempat aku bertanya.
"O.camtu.Em,mak cik nasihatkan pak cik banyakkan berehat.Jantung dia masih lemah.Kalo nak bawak berkuat pun dalam 3 minggu lagi baru boleh".
"Nnt mak cik cuba nasihatkan.pak cik kamu ni degil sikit.Mak rasa macam pernah tgok kamu sebelum ni tapi kat mana ye.maklumlah,orang tua.Lupa dah,".ujar mak syahida sambil berfikirkan sesuatu.Mak Syahida menjeling kat abah die.Romantik weh.Jeles2.Ha,dia kata pernah tgok aku.Patut ke aku berterus-terang,ke nak wat dunno je.Kang die kata aku sombong lak,melepas aku.
"Em,kat gambar2 Syahida kot.Sy senior dia kat Ireland dulu".terangku.
"O,betol2.Dia ada tunjukkan gambar2 kat sana.Syahida baru balik sekejap tadi.Arini dah kena balik KL semula.Dia dapat cuti sekejap je.Petang nnt die ke sini lagi sebelum balik ke KL.".
Syahida datang sini tdi.Perempuan tudung krim yang gelak x hengat dunia tadi Syahida.Ibuuuuuuuuuuuuuu,,nape lah aku boleh x perasan.Terlepas dah satu peluang.Petang ni rela balik lambat nak jumpa Syahida.
"Mak cik sy kne gerak dulu.Kalo Syahida ke sini petang nnt,smpaikan salam(salam syg,dalam hati jelah) pada dia.".
"Insyaallah.Terima kasih sekali lagi doktor’.
Petang ni.X sabar nak menunggu petang.jangan la ada kes emergency lagi.Nak jumpa Syahida!!!!!!!!!!!

------------------------------------

Aku melawat abah sebelum balik KL.Jangan la terjumpa dengan Pak Syeikh.X elok mengacau suami orang.Aku rasa dia dah menikah,maybe tersangkut kat minah Sabah.yelah,orang2 sabah kat cantik.Entah2 kne jampi dek bah x?Whetever,die dah jadi hak orang.Pasal tu dia mungkir janji dengan aku.Sapa yang sanggup menunggu 4 tahun.Kesimpulannya,xde manusia yang setia dalam dunia ni.Wat rugi je aku setia dengan dia.Dah,Ida.Maybe there is someone better for u soon.Insyaallah,aku pujuk hati.
"Mak,abah.Ida kena balik KL dah ni.Sedih..huhuhu".
"Isk kamu ni.Dah kena kerja.Dulu mak x bagi jadi doctor,kamu nak gak".
"Ok2.Orang gurau je.".Kalo mak aku ber’lecture sat lagi,capang la telinga aku.Mak dulu nak jadi cikgu tapi dia sakit n x sempat nak habiskan belajar.Mak amat pantang kalo anak2 dia malas belajar.
"Jaga diri elok2.Ha,tadi ada kawan kamu.Doktor ape ye namanya.Mak lupa,tapi dia kirim salam kat kamu.Berkenan mak nak buat menantu,sopan sungguh".
"Isk mak ni,ade lak nak wat suami orang jadi menantu.mak rela ke anak kesayangan mak ni bermadu?.Tapi mak kan,kalo ada sape2 masuk meminang,mak terima jelah.Orang dah x sabo nak menikah ni.Haha.".
"Menggatal lak kamu.mak terima je ye.Kalo mat bangla masuk meminang,mak ok je.Tapi xtau la taste abah kamu.".Mak aku speaking.X caya je.HUhuhu.
"Haha.Mak2.Macam2.Kalo calon tu lepas ujian saringan abah,orang ok je.".
"Abah dah x larat nak menguji2 orang ni.Abah redha je sape2 nak kat kamu.Yang penting dia boleh bahagiakan kamu".sampuk abah.
"Mane boleh,bah.Xkan suami Along je ade ujian kelayakan.Orang nak juga.X kira".
"Ye2,nnt abah buat.Kamu ni nak balik pukul berapa.Dah kol 6,nnt lambat lak sampai KL.Abah bukan nak menghalau kamu tapi abah bimbangkan keselamatan kamu kalo bawak2 kereta malam2".Abah ni,tau2 je aku x puas hati bila tgok muka aku dah cemberut semacam.
"Ok,deh.Nak wat camne,sume orang dah halau sy.Gurau je.Hehhe.Mak,abah,sy balik dulu.Abah,jangan lupa makan ubat k.Nnt pas habis exam,sy balik lagi.Insyaallah".
"Jaga diri.Bawak keta elok2.Jangan ingat nak cepat smpai je.".
"Ok,bos.".Balas aku sambil bersalam dengan mak abah.N x lupa,ciuman penuh kasih aku hadiahkan buat keduanya.Afiq kim slm kat aku,jawab jelah.Aku kena belajar lupa kan dia.Pak Syeikh2,aku nak cari yang Arab betol2 pasni.Kuciwa weh.

------------------------------------

Penatnya la badan.Baru nak lepak kat taman petang tadi,ade lagi emergency kes masuk.Terpaksalah aku korbankan plan aku nak menunggu Syahida.Bila la nak jumpa minah ni?Ke aku nak terus masuk meminng dia.Aku rasa mak Syahida dah suka kat aku,tinggal nak tackle abah dia je.Afiq,cepat bertindak.
"Assalamualaikum doctor,jauh termenung."tegur sorang mmat.Aku baru nak dinner kat café ospital.
"Wslm,siapa ye ni.Marilah makan sama".Sapa lak mamt ni,ntah2 buaya fren di Syahida x?X baik prejudis kat orang.Kebetulan aku makan kat tempat public.Malas nak makan kat tempat staff.Malam2 camni,mane la ade geng nak borak.
"Boleh2,sy pun sorang je ni.Em,sy adik Syahida,Nazmi.Doktor x kenal sy.Sy perasan muka doctor pun sebb Kak Dik pernah tunjukkan gambar."
"O.ye ke.Melawat abah ye".Hehe,dah guna abah dah aku.Mintak-mintaklah adik Syahida nak tolong aku tackle hati abah die.Kalo berjaya,senang la keje aku.
"A;ah.Nape la doctor makan kat kafe ni.Penat2 orang rumah masak,cik abang dia makan kedai.Sian tol".Serkap jarang lak mamat ni.Aku ni ade rupa laki orang ke.Isk2,sadis tol.Takpe2,aku tackle hati adik ipar aku dulu,pasni abah die lak.Macam2 la si Nazmi cite kat aku.N dia kata abah Syahida kena serangan jantung pas membersihkan kolam ikan kat belakang rumah dia.Sama cite cam mak dorang pagi td.N kata die kalo nak jadi menantu family dorng,ade ujian saringan.Aku terus mencalonkan diri n aku kena struggle lepas ujian tu.Demi Syahida,ratu hatiku.

------------------------------------

Alhamdulillah,abah dah sihat.Hepi je suara abah masa aku kol td.Katanya ade kawan si Nazmi tolong dia kat rumah,bersihkan kolam,bagi makan ikan n macam2 lak.Sape la manusia tu,nak gak aku berkenalan.Hihihi,gatal x sudah.Pas solat terawih tadi,aku terus kol mak.Selalu dorang yang yang kol tanyakan aku makan ape.Nak plak bila aku dok sorang2 ni.Si Rina dah pindah rumah pas jadi isteri Hilmi Papan Luncur.N aku berdebar dengar berita pada mak ni.Ade hamba Allah nak meminang aku.
"Ida,kamu balik kan raya ni?".
"Insyaallah mak.Tapi Ida balik kejap je.Mungkin 3 hari je paling lama Ida boleh cuti.B4 raya sari n 2 ari raya.Raya kedua dah kena balik semula.".
"Loh,kamu minta la cuti lama sikit.Ade orang nak meminang kamu".
"Mak biar betol.Cepat tol abah cari calon.Dah lepas ke ujian kelayakan tu?".
"Memang lepas la.Sebb tu nak suruh kamu bertunang ni.Kawan si Nazmi yang tolong abah tu".
"La,dia ke?Ida kenal ke?Isk2,nak jadi tunang orang dah Ida ye.X puas lagi bermanja dengan mak.Ida ikut jelah mak".
"Kira kamu setuju lah ni ye?Ok,ikut perancangan mak dgn abah,x yah tunang2.Kira risik je..Pas sebulan,terus kenduri.Ok x?’.
"Mak,cepatnya.Orangnya pun Ida x kenal.Mak2,xpelah,nnt balik kita bincang".
"Ok.Dah lewat malam ni.Mak nak tidur dulu,bimbang x terbangun pagi esok.Selamat malam Ida.Assalamualaikum.
"Wslm,syang mak.".
Mak ni,sape lak kawan Nazmi tu.Sapelah yang nak kawin dengan doctor ni.Sian la suami aku sok kena tinggal bila aku oncall.Pak Syeikh2,aku pun dah nak kahwin tau.Tapi aku xmo jemput ko coz ko dah mungkir janji dengan aku.

------------------------------------

Lega tol rasa dalam hati.Aku diterima jadi calon menantu tanpa banyak soal siasat.Tapi penat gak la.Aku yang x pernah hayat wat keje2 kampung ni jakun habis.Balik je keje, aku terus tolong abah Ida bagi makan ikan.Ari cuti lak,s Nazmi ajak aku tolong bersihkan kebun getah.Banyak nyamuk lak tu,sabar je aku.Mula2 rasa nak menyerah dah tapi aku kuatkan hati.Aku x belajar menorah je lagi.Abah die takut aku merosakkan batang getah.Sebut je keja kampong ape aku x reti:panjat pokok,kait kelapa,menebas kebun/,semua pas la.Bangga2.

Hepi tol rasa.Tq kat Nazmi sebab tolong aku.Penat gak la sepanjang aku menacke hati Pak Saad dulu.X garang pun macam Ida cerita kat aku.Aku dah bgtau kat ibu keputusan ni n ibu setuju.X dan aku nak luahkan plan nak meminang anak dia,Pak Saad dulu offer kat aku.Aku pun ape lagi,pucuk dicita ulam pegaga la.X sabarnye,3 Syawal ni aku bakal bergelar risikan orang.N aku nak seksa si Syahida lak,aku x nak jumpa dia sampai la aku jadi suami dia yang sah.
Bersabarlah sayang,Saat indah kan menjelma jua
Kita akan di satukan,Dengan ikatan pernikahan……
Ops,ternyani lagu INteam lak.

------------------------------------

Sape la yang tergila-gila kat aku tuh.Xmo bertunang,sebulan lagi terus nak menikah.Aku yang busy jadi staff kat Pediatric Department HKL ni x ambik kisah pasal persiapan nikah.Minggu depan aku stat cuti.Sume orang terkejut.Rina lagi la,siap kata mamat yang merisik aku tu ntah2 pasient kat Wad Psyciatry yang ajak aku kawin b4 ni.Isk,ade lak.Kalo mmat 2,mesti x lepas ujian kelayakan abah.Cantik gak la cincin kat tangan ni.Aku dah wat solat isthikarah sebelum setuju dengan keputusan mak n abah.Alhamdulillah,petanda baik.

Mamat tuh x mo aku kenal die,aku pun x peduli eh.Ko ingat ko hensem sangat la sampai2 xnak contact aku.Mak panggil Mr noname ni Fadlly.Biaq p la.Si Nazmi pun same.Katanya kalo aku tau sape,x suspend la.Em,x kesah la.N sepanjang aku bergelar risikan (tunang 10 minit b4 nikah sok)orang ni,banyak gak buku2 agama yang dah berkurun kat rak buku tu aku bukak balik.Ade yang Pak Syeikh adiahkan aku dulu.Tq la coz x yah aku mengabihkan duit aku beli buku dah.Pak Syeikh2,nak gak aku jemput tapi alamat pun aku xtau.
Berat gak tanggngjawab seoarang isteri,seram weh.

------------------------------------

Arini bermulalah cuti kahwin aku.First2 sampai,aku g tgok bilik pengantin dulu.Aku dah kata kat mak nak tema warna purple untuk nikah aku.Baju sume dah siap,tunggu aku pakai je.Masa aku dok terguling2 kat bilik,anak sedara aku yang kiut-miut tu masuk.Kat tangan die ade kad kahwin aku.
Eh,ade yang x hantar lagi ke.Rasanya sume alamat kengkawan n kenalan aku aku dah send kat email aritu.Macam2 la dorang ni.
"Acik Ida,tantik kan kad ni",pelat tol la Athirah.Dia hulurkan kat aku.
"Cantik,meh Acik Ida tgok meh."
Kat luar kat tu bertulis nama aku n mr.no name:Hafiq.Em,macam2 nama la Mr.Noname ni.Hafiq la,Fadly la.Eh,jap2…Hafiq Fadly.Bukan Pak Syeikh ke tu.Ida,x yah perasan,ntah2 orang lain.Kat dunia ni,ramai orang nama sama.Dulu masa sekolah,Nama Nurul Syahida pun ade 7 orang.Lek2,xkan la Pak Syeikh membujang sampai 30 ni tunggu aku.Kalo yelah,makin sayang la aku kat mmat tu.
"Acik Ida,encemnye Acik Aly",ujar si Athirah.Isk,pandai lak menilai orang kecik2 ni.Tapi xpelik pun coz budak kecik zaman sekarang ni dah terlebih gatalnya.
‘Tirah pernah jumpa Acik Aly ke",tanya ku semula.
"Em,penah.Ni pun ade ambo Acik Aly",kata Athirah sambil jari telunjuknya menunding kearah gambar raya aku kat Ireland dulu.Jari die tunjuk kat gamba Pak Syeikh.Biar betol,budak2 ni x pandai menipu mak aku kata.Isk,xkan la mamat ni still berjanggut cam dulu.
"Yang mana Tirah.Baju biru ni ke?’.
"A’ah,yang baju bilu.Yang ade danggut macam kambing Wan Uda".Janggut macam kambing.Ade lak gitu.Simpan janggut tu kan sunah Nabi.Kanak2 ni,apa yang dia tgok,itulah yang dia ingat.Betol la Pak Syeikh..Rasa cam nak melompat time tuh.Pak Syeikh,x sangka dia setia dengan janji n tertacke gak hati abah.Terharu2.

"Ha,dah habis soal siasat Tirah",ade suara sumbang potong stim ke"hepi"an aku.Nazmi la,sape lagi.Siap ko Nazmi,aku belasah ko cukup2 sat lagi.
"Nazmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,sampai hati wat akak camni.Nak kena ni".Aku dah stat kepal penumbuk aku.Nazmi tersengih je pandang aku.
"Orang dah tolong die,dia nak belasah lak.Cakaplah terima kasih,x pun nanti Kak Dik g honeymoon,Adik nak ikut.Hahhaha".Hampeh punya adik.Nak join aku punye honeymoon lak.Sebelum aku melelapkan mata malam tu,aku wat sujud syukur.Alahamdulillah.Terima kasih atas segalanya,Ya Allah.

------------------------------------

Berpeluh gak aku kat masjid siang tadi.Bila senyuman si Ida,terus aku bersemangat.Alhamdulillah,sekali lafaz je,aku sah jadi suami Nurul Syahida binti Saad.Pas solat Isyak berjemaah n solat sunat tadi,Ida hilang ntah kemana.Seram dengan aku kot.Teringat zaman Ida dengan aksi selamba kat Ireland dulu.Aku dok usik2 die masa sempena Minggu Orientasi pelajar baru.Sume yang die wat aku asik kata salah sampai2 die p report kat Imran selaku Pengarah program.
"Pak Syeikh asik mengenakan sy je,Bro".
"Dia suka kat awak kot."
"Kalo suka,senyap2 udah la.Xyah la nak bgtau satu dunia.Segan la sy camni".Semua hamba Allah kat meeting tu ketawa dengan aksi si Ida.Aku yang baru nak masuk terus terbantut ni.Harini,aku dah inform kat satu dunia yang aku syang sangat kat ko,Ida.

"Assalamualaikum,Pak Syeikh.Jauh termenung,dah balik Ireland ke.Ke ingat kat awek Sandakan".Terengih2 si Ida tegur sambil meletakkan secawan susu kat meja tepi katil.
"Pandai la Ida nak kenakan abang.Lama abang tunggu,g mana tadi.Ingatkan orang tu nak tido dengan mak malam ni",usikku.Ida dah blushing muka die.Sama cam zaman dia melatah dulu.Ida terus bangun n ambik something kat dalam drower meja solek die.
"Ni,ada hadiah untuk abang."Semoga jadi Suami yang Membahagiakan Isterinya".Amin",ujar Ida sambil menghulurkan buku Suami yang membahagiakan isteri.Ida suakan gelas yang ada susu kat aku.Aku minum separuh n separuh lagi aku hulurkan kat Ida.
"La,susah2 je.Abang xde hadiah untuk Ida.Maaf ye syg,nnt masa honeymoon abang belikan".
"Ida yang kena minta maaf coz dah salah sangka dengan abang.Mati2 Ida ingat abang dah mungkir janji.Terseksa hati Ida tunggu abang minta Ida dari abah,alik2 bayang pun xde.Sedih tau.Tapi tq atas kesetiaan Abang,itulah hadiah paling best dalam hidup Ida selamanya".Ida capai tangan aku n cium dengan penuh syahdu.Ida,abang janji akan jadi suami terbaik untuk Sayang.
"Tq juga kat syang coz sudi jadi permaisuri hati abang.Tu baru peringkat pertama.Next step,abang nak hadiahkan anak yang ramai kat Ida..Masa tu,abang akan ambik cuti,jaga Ida sampai Ida bersalin.Insyaallah .Sudi x sayang???.",balasku sambil mengucup kepala Ida.Muka Ida dah makin blushing.Makin lawa aku tgok n hati aku pun berdegup makin kencang.
"Bismillahirrahmanirrahim.Ya Allah,jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkan syaitan dari apa yang telah Engaku rezkikan kepada kami".

------------------------------------

Aku still kat Kl n Abang kat HoSHAS.Bergilir2 la balik Pahang n KL.Dah dua bulan jadi isteri orang.aku dah apply minta tukar ke Pahang tapi xde khabar lagi.Abang nak pindah sini tapi aku x bagi.Biarlah aku balik Pahang,sian kat abah n mak.Nak lak mak dah janji nak jaga anak2 sok.Hehe.Mak paling bising coz aku x dapat pindah lagi.Lek la mak,kalo 5 tahun Pak Syeikh boleh tunggu,5 bulan apetah lagi.

Comel tul baby kat Wad tadi.Terbayang2 lagi jari dia yang halus n kulit merah tu.Camne la baby aku nnt?Baby aku??Kena kol Abang ni,mesti dia happy.Aku ambik phone and terus wat video call.
"Assalamualaikum syg".Macam nilah sokmo,dia yang menghulurkan salam dulu
"Wslm.Abang,syg rasa abang kena apply cuti 9 bulan la.New gift dah sampai".Aku tersenyum menggoda kat dia yang jauh di mata dekat di hati.Aku tgok senyum menguntum kat bibir dia.Mujur xde depan mata,kalo x dah lama aku peluk,Rindunya……….
"Sayang,betol ke.yesssssssssssssssssssss,alhamdulillah.Syang dok rumah elok2,malam ni gak abang sampai!!!!!!!!!.Abang2,macam2 perangai.Luv U alaways.


p/s: Ni 1 lg cerpen sempoi yg prnh aku baca...tp BEST! cerpen ni dtulis oleh Dr.rock. aku kidnapped drp http://penulisan2u.blogspot.com/2008/07/cerpen-tackle.html


0 Tukang Kata:

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top