Penyanyi seksi yang memiliki gelekan panas berpinggang fleksibel, Shakira sememangnya amat sinonim dengan Piala Dunia. Sesiapa yang tidak mengenali Shakira, sila hentak kepala kalian di atas papan kekunci sebanyak 3 kali...hehehe. Post hari ni, aku ingin berkongsi mengenai penglibatan Shakira dalam arena Piala Dunia. Walaupun Shakira tidak pernah terlibat untuk menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Dunia, tetapi beliau seringkali terlibat untuk menceriakan kedatangan Piala Dunia dengan alunan suaranya yang unik.

Piala Dunia 2010 merupakan kali ke-2 Shakira terlibat bagi menghangatkan sambutan terhadap Piala Dunia selepas penglibatan pertama beliau ketika Piala Dunia 2006. Berikut merupakan video muzik beliau bagi Piala Dunia 2006 dan Piala Dunia 2010:





Semalam, aku menghabiskan masa di Laman Web YouTube mencari video muzik penyanyi-penyanyi K-POP (Korean Pop). Ketika aku sibuk melayari laman web tersebut, barulah aku mengetahui bahawa sejenis penyakit misteri telah menjangkiti penyanyi-penyanyi Korea Selatan. Apakah penyakit misteri tersebut? Adakah serius?

Jangan cemas. Penyakit yang menjangkiti mereka hanyalah penyakit DEMAM PIALA DUNIA. Hehehe...(^_^)




Sejujurnya, aku amat mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Korea Selatan. Segenap lapisan masyarakat Korea Selatan sanggup memberikan sokongan padu kepada pasukan bola sepak negara mereka yang sedang bertanding di pentas Piala Dunia 2010. Golongan penyanyi juga tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan bola sepak negara mereka. Masing-masing berlumba-lumba menghasilkan video muzik bagi mengekspresikan sokongan padu mereka.

Tidak percaya? Sila lihat video muzik-video muzik di bawah:

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top