Semalam, aku menghabiskan masa di Laman Web YouTube mencari video muzik penyanyi-penyanyi K-POP (Korean Pop). Ketika aku sibuk melayari laman web tersebut, barulah aku mengetahui bahawa sejenis penyakit misteri telah menjangkiti penyanyi-penyanyi Korea Selatan. Apakah penyakit misteri tersebut? Adakah serius?

Jangan cemas. Penyakit yang menjangkiti mereka hanyalah penyakit DEMAM PIALA DUNIA. Hehehe...(^_^)




Sejujurnya, aku amat mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Korea Selatan. Segenap lapisan masyarakat Korea Selatan sanggup memberikan sokongan padu kepada pasukan bola sepak negara mereka yang sedang bertanding di pentas Piala Dunia 2010. Golongan penyanyi juga tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan bola sepak negara mereka. Masing-masing berlumba-lumba menghasilkan video muzik bagi mengekspresikan sokongan padu mereka.

Tidak percaya? Sila lihat video muzik-video muzik di bawah:



2AM - No.1



4minute & Brown Eyed Girls - Once More, Korea!



After School - Dreams Again!



Big Bang, Kim Yuna, & Trans Fixion - The Shouts of Reds Part 2



H.A.M - We Are One
(bersemangat)



KARA - We're with You
(video muzik paling tak logik...pink?)



Super Junior - Victory Korea



T-ara/Tiara - We Are the One
(sangat ceria dan kreatif)



Trans Fixion - The Shouts Of Reds
(tidak termasuk dalam kategori K-POP)



Alangkah elok seandainya rakyat Malaysia juga bersemangat seperti mereka. Sokongan padu seperti itulah yang amat didambakan oleh para atlet negara kita bagi menongkah arus dalam arena sukan di peringkat antarabangsa.


AKU MENGAGUMI SOKONGAN PADU PENYANYI-PENYANYI KOREA SELATAN
\(^_^)/



p/s: psttt...ke mana hilangnya Wonder Girls?


9 Tukang Kata:

adeh...x minat bola...huhu

cis, ingatkan ape benda tadi

hahaha rakyat korea semanagat betul! suke super junior!! :D

saya rasa kalau Malaysia layak ke Piala Dunia pun sama jugak semangat kita... mungkin berlebih lagi...

sebab kita tak layak...
mana nak bagi semangat

ade popup widgeo which gwa benci gyler

n myb blog ni berat
gyahahahaah~

btw,
HAI!
gyahaahhahahha~

Korea best...

bola xminat tapi minat super junior..victory korea best!

dah join kelad peminat bola korea?

penyokong kuat korea selatan ye..semangat..mentaliti rakyat malaysia agk kurang dalam menyokong sukan malaysia sdri..

cbe compare sukma XII 2010 dengan world cup 2010...mana lebih di ambik tau?..

dr stu dh bleh menilai prestasi sukan malaysia stakat mane..

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top