Aku kebosanan! Cuti salah, tak cuti pun salah!
Beginilah keadaan diriku tatkala mengalami sindrom kebosanan ketika mengharungi cuti semester yang teramat panjang ini (1 bulan sahaja). Dalam situasi kebosanan yang mencengkam jiwa ragaku, aku mengambil keputusan untuk membaca semula post-post yang telah wujud di dalam blogku yang tercinta ini. Aku sendiri kurang mengerti, mengapa post-post yang telah aku pamerkan di dalam blog ini seolah-olah tiada hala tujuan yang pasti?
Ada ketikanya, post aku menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya (yang ternyata amat SKEMA). Ada ketikanya, post aku menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya (yang aku sendiri tidak pasti penggunaan tatabahasanya). Ada ketikanya, post aku menggunakan Bahasa Rojak (campuran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris). Ada ketikanya, post aku menggunakan Bahasa SMS (penuh dengan 1001 singkatan).
Dan ada ketikanya juga, aku sangat kebosanan pada saat ini! Tolonggggg! BOSAN YANG TERAMATTTTT!!!

0 Tukang Kata:
Post a Comment