Penyanyi seksi yang memiliki gelekan panas berpinggang fleksibel, Shakira sememangnya amat sinonim dengan Piala Dunia. Sesiapa yang tidak mengenali Shakira, sila hentak kepala kalian di atas papan kekunci sebanyak 3 kali...hehehe. Post hari ni, aku ingin berkongsi mengenai penglibatan Shakira dalam arena Piala Dunia. Walaupun Shakira tidak pernah terlibat untuk menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Dunia, tetapi beliau seringkali terlibat untuk menceriakan kedatangan Piala Dunia dengan alunan suaranya yang unik.

Piala Dunia 2010 merupakan kali ke-2 Shakira terlibat bagi menghangatkan sambutan terhadap Piala Dunia selepas penglibatan pertama beliau ketika Piala Dunia 2006. Berikut merupakan video muzik beliau bagi Piala Dunia 2006 dan Piala Dunia 2010:





Semalam, aku menghabiskan masa di Laman Web YouTube mencari video muzik penyanyi-penyanyi K-POP (Korean Pop). Ketika aku sibuk melayari laman web tersebut, barulah aku mengetahui bahawa sejenis penyakit misteri telah menjangkiti penyanyi-penyanyi Korea Selatan. Apakah penyakit misteri tersebut? Adakah serius?

Jangan cemas. Penyakit yang menjangkiti mereka hanyalah penyakit DEMAM PIALA DUNIA. Hehehe...(^_^)




Sejujurnya, aku amat mengagumi semangat yang ditunjukkan oleh rakyat Korea Selatan. Segenap lapisan masyarakat Korea Selatan sanggup memberikan sokongan padu kepada pasukan bola sepak negara mereka yang sedang bertanding di pentas Piala Dunia 2010. Golongan penyanyi juga tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan bola sepak negara mereka. Masing-masing berlumba-lumba menghasilkan video muzik bagi mengekspresikan sokongan padu mereka.

Tidak percaya? Sila lihat video muzik-video muzik di bawah:



GAMBAR-GAMBAR ADALAH IHSAN PAK CIK GOOGLE


Ramai yang mengutuk aku kerana menyokong Pasukan Korea Selatan. "Ape klas sokong team Korea tuh?" dan "Kau perempuan, ape kau tau pasal bola sepak?", begitulah di antara kata-kata yang menusuk masuk ke dalam lubang telingaku. Ya, aku mengakui Pasukan Korea Selatan tidak sehebat Pasukan Brazil tetapi aku akan tetap menyokong mereka sepanjang berlangsungnya Piala Dunia 2010 kali ini.

Terdapat 2 sebab mengapa aku sanggup menyokong pasukan tersebut. Antaranya ialah:




GAMBAR IHSAN PAK CIK GOOGLE


Tatkala aku sibuk bermanja-manja dengan pelbagai tugasan pada semester yang lepas, aku sering melakukan kunjungan ke Laman Web Scribd. Pelbagai maklumat boleh diperolehi di laman web tersebut bagi menyelesaikan tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah. Antaranya ialah Rahsia Tapak Tangan. Apakah kaitan rahsia tapak tangan dengan tugasan-tugasanku? Hehehe...sekadar menghiburkan hatiku ketika tekanan perasaan membelenggu diri.

Berikut merupakan rahsia tersebut:



RAHSIA TAPAK TANGAN



JANGAN PERCAYA 100%...SYIRIK!
(T_T)






Hari Isnin? Mengapa tidak hari lain? Setiap minggu, aku pasti akan menantikan kemunculan hari bahagia tersebut. Ini merupakan rahsia terbesar yang aku nak kongsikan di blogku terutamanya kepada Newbies Nuffnang. Oldies Nuffnang sila duduk dengan senyap, OK?


PERHATIAN KEPADA NEWBIES NUFFNANG!

Sila lawat Laman Web Nuffnang dan semak akaun Nuffnang kalian pada Hari Isnin. Hari Isnin merupakan HARI WAJIB bagi Nuffnang mengupdate akaun Nuffnang kalian.


Kalian boleh menyaksikan peningkatan bagi pendapatan kalian berbanding minggu sebelumnya pada setiap Hari Isnin. Dengan syarat, ada di kalangan para pengunjung yang telah mengklik Iklan-iklan Nuffnang di blog kalian. Seandainya tiada sesiapa yang sudi mengklik iklan-iklan tersebut, maka kalian tidak akan dapat menyaksikan peningkatan tersebut.

Oh, ya! Janganlah kalian merajinkan diri untuk menyemak akaun Nuffnang pada pukul 1 pagi setiap Hari Isnin. Ketika itu, staff Nuffnang masih melakukan adegan kuak lentang di atas katil...hehehe


SEKIAN HARAP MAKLUM
\(^_^)/






Semalam, aku menghilangkan diri daripada dunia blog untuk seketika. Aku terpaksa mengikut keluargaku ke Bandar Sibu atas urusan negara penting yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Sejujurnya, jika tidak disebabkan urusan penting tersebut, tidak ingin kami sekeluarga pergi ke Bandar Sibu melalui jalan darat.


Kenapa? Disebabkan perjalanan daripada Bandar Mukah ke Bandar Sibu melalui jalan darat merupakan sesuatu yang sangat menyeksakan! Jalan raya yang menghubungkan Bandar Mukah dengan Bandar Sibu sangat teruk keadaannya, dipenuhi dengan lubang-lubang, berbatu-batu besar, dan berdebu. Keadaan jalan raya yang berdebu tebal adalah sangat berbahaya ekoran jarak penglihatan pemandu agak terhad bagi melihat kenderaan yang berada di hadapan dan kenderaan daripada arah yang bertentangan. Jika hujan turun dengan lebat pula, ada sahaja kenderaan yang tersangkut di dalam jalan raya yang bertanah becak. Selain itu, banyak kenderaan telah mengalami 'kecederaan teruk' ketika menggunakan jalan raya tersebut.


Jika dahulu, aku boleh muntah hijau sepanjang perjalanan seperti itu. Kini, alah bisa, tegal biasa! Cuma yang menjadi persoalan sekarang, bilakah jalan raya tersebut akan siap sepenuhnya? Selama 7 tahun aku menjadi penduduk Bandar Mukah, penyeksaan menggunakan jalan raya menuju ke Bandar Sibu semakin berterusan seolah-olah tiada penghujung. Ya, aku tidak patut merungut kerana jalan raya di pedalaman Sarawak jauh lebih teruk keadaannya (aku pernah melalui pengalaman itu ketika aku berusia 5 tahun). Jalan raya di pedalaman Sarawak teruk kerana jalan raya tersebut merupakan laluan utama lori-lori balak. Tetapi, Bandar Mukah dan Bandar Sibu bukan terletak di pedalaman dan bukan juga merupakan laluan lori-lori balak. Jalan raya yang menghubungkan Bandar Mukah dan Bandar Sibu seharusnya tidak dibiarkan berkeadaan sebegitu rupa kerana kedua-dua bandar tersebut merupakan nadi utama bagi Bahagian Mukah dan Bahagian Sibu. Mungkin disebabkan itu, rakyat telah bertindak menjatuhkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Sibu (P.212) tempoh hari.

Sila lihat gambar-gambar di bawah sebagai bukti. Oh, ya! Aku mohon kemaafan disebabkan kualiti gambar-gambar yang tidak seberapa. Jalan raya berlubang-lubang, agak sukar untuk mengambil gambar dengan keadaan kereta yang 'melompat-lompat' bak lompatan kijang...(^_^)


PERJALANAN MUKAH - SIBU








KAMI SELAMAT TIBA DI BANDAR SIBU




PERJALANAN SIBU - MUKAH











BUKTI KETIDAKPUASAN PARA PENGGUNA JALAN RAYA TERSEBUT
DI FACEBOOK



JANGAN SAMAN AKU...AKU CUMA RAKYAT BIASA
(T_T)


p/s: Bukti ketidakpuasan rakyat (pengguna jalan raya tersebut)
di Facebook Group boleh dilihat
[di sini]






Hari ni, aku nak berkongsi sedikit ilmu mengenai nombor dalam Bahasa Mandarin. Jom kita belajar beramai-ramai.





Sebentar tadi, sedang aku sibuk melaksanakan operasi blog walking, aku telah terbaca post yang dihasilkan oleh bluedianthus. Pada pendapat aku, post tersebut sangat menarik dan berguna kerana mengandungi DUA buah e-book mengenai Nuffnang yang boleh didownload secara PERCUMA! Jujur aku akui, kedua-dua buah e-book tersebut mempunyai pelbagai petua berkaitan dengan menjana pendapatan melalui Nuffnang, menghasilkan trafik yang tinggi, dan sebagainya.


Kalian boleh mendownload kedua-dua buah e-book tersebut di
[di sini]


CEPAT! JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN!
\(^_^)/






Cikgu: Hari ni hari apa?
Murid 1: Hari Ahad, cikgu.
Murid 2: Hari Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Sibu, cikgu.
Murid 3: Hari final Piala Thomas 2010, cikgu.
Cikgu: (sedih).
Semua Murid: SELAMAT HARI GURU, cikgu!

Tak mungkin bagi kita untuk melupakan tarikh keramat 16 Mei setiap tahun. Tarikh yang amat bermakna bagi mengenang jasa para guru yang telah mendidik kita semenjak kita kecil sehinggalah kita dewasa pada hari ni.



Untuk pengetahuan kalian, Google Malaysia telah memaparkan reka bentuk istimewa sempena Hari Guru 2010 di Logo Google seperti gambar di atas. Kalian boleh melihat logo tersebut ketika memasuki laman web Google Malaysia.

Reka bentuk Logo Google yang pelbagai jenis dan HEBAT boleh dilihat di
http://www.google.com/logos


Berikut merupakan reka bentuk Logo Google bagi Hari Guru di seluruh dunia pada tarikh yang berbeza:


HARI GURU (US) - 2005



HARI GURU (CHINA) - 2005



HARI GURU (CHINA) - 2006



HARI GURU (POLAND) - 2008



HARI GURU KEBANGSAAN (VIETNAM) - 2009



SELAMAT HARI GURU
\(^_^)/






Kehidupanku selama berbelas-belas tahun di Sarawak telah mendedahkan aku kepada plat nombor kenderaan yang bermula dengan huruf Q sahaja. Tetapi semenjak aku melanjutkan pelajaran ke Johor, aku telah menemui pelbagai huruf permulaan bagi plat nombor kenderaan. Setiap huruf tersebut, mewakili negeri-negeri yang berbeza di Semenanjung Malaysia.

Berikut merupakan huruf permulaan bagi plat nombor kenderaan di seluruh Malaysia yang aku ketahui setakat ni:



A - Perak
B - Selangor
C - Pahang
D - Kelantan
J - Johor
K - Kedah
L - Labuan
M - Melaka
N - Negeri Sembilan
P - Pulau Pinang
Q - Sarawak
R - Perlis
S - Sabah
T - Terengganu
W - Kuala Lumpur


Bagi Sarawak, huruf kedua selepas huruf Q mewakili bahagian-bahagian yang berbeza di Sarawak. Berikut merupakan bahagian-bahagian tersebut:


QA atau QK - Kuching
QB - Sri Aman
QC - Kota Samarahan
QL - Limbang
QM - Miri (seperti gambar di atas)
QP - Kapit
QR - Sarikei
QS - Sibu
QT - Bintulu


SELAMAT MEMBERI KOMEN
\(^_^)/

************************************************************************************
UPDATE
************************************************************************************

E - Sabah (sebelum tahun 1980-an)
H - Teksi
KV - Langkawi
Z- Tentera






Pada 16 Mei 2010, akan berlangsung Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Sibu (P.212) di Sarawak. Seramai 54 695 orang pengundi layak untuk mengundi pada kali ni. Tetapi, post aku untuk hari ni tiada kaitan langsung dengan pilihan raya tersebut. Aku tidak ingin mencemari blogku yang tercinta ni dengan isu-isu politik yang semakin menggila.

Pada hari ni, aku ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai senarai kaum-kaum di Sarawak. Sungguhpun aku merupakan penduduk tetap Sarawak, jujur aku akui terdapat sesetengah kaum yang belum pernah aku ketahui kewujudannya seperti Kaum Kejaman dan Kaum Kajang. Aku baru mengetahui kewujudan kedua-dua kaum tersebut ketika terlibat dengan projek pembangunan Sistem Pengurusan Angkatan Online (SiSPAL), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia pada tahun lepas.

Berikut merupakan senarai kaum-kaum di Sarawak mengikut susunan abjad yang aku ketahui setakat ni:



  • Berawan
  • Bidayuh
  • Bisaya
  • Cina
  • Iban
  • India
  • Kajang
  • Kayan
  • Kedayan
  • Kejaman
  • Kelabit
  • Kenyah
  • Kiput
  • Lun Bawang
  • Melanau
  • Melayu
  • Murut
  • Penan
  • Punan
  • Saban


Aku sendiri merupakan hasil campuran TIGA kaum di Sarawak iaitu
Melanau (bapa) dan Cina + Kayan (ibu)
\(^_^)/


p/s: Gambar diculik daripada

Laman Web Rasmi Kampung Budaya Sarawak






Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di rumahku syurgaku petang tadi. Baiklah...untuk post pada hari ni, aku akan cuba berkongsi dengan kalian mengenai pengalaman menaiki belon kapal terbang. Agak janggal bagiku untuk menceritakan pengalaman sebegitu kerana aku telah menaiki kapal terbang berpuluh-puluh kali. Kelihatan seperti aku sedang berlagak, tapi hakikatnya aku cuma ingin berkongsi ilmu dengan para pembaca yang belum pernah menaiki kapal terbang.

Aku teringat tatkala pertama kali aku menaiki LRT. Ketika itu, keadaanku tidak ubah seperti rusa masuk kampung. Maklumlah, di Sarawak tiada pengangkutan awam yang secanggih itu. Disebabkan itu, aku tidak mahu ada di kalangan para pembaca kelak mengalami situasi yang sama ketika menaiki kapal terbang. Bagi meringkaskan post ini, aku hanya akan berkongsi keadaan ketika berada di dalam kapal terbang. Disebabkan petang tadi aku menaiki kapal terbang MAS, semua perkara yang akan aku ceritakan adalah berkaitan dengan MAS.

Sejurus sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam kapal terbang, mataku liar mencari tempat duduk 20A. Kapal terbang yang aku naiki adalah berjenis Boeing yang mempunyai sebanyak 100 lebih buah tempat duduk. Apakah perbezaan lokasi tempat duduk kapal terbang MAS berbanding kapal terbang AirAsia? Ya, kapal terbang MAS membahagikan tempat duduk kepada dua bahagian utama iaitu business class (tempat duduk mahal) dan economy class (tempat duduk murah). Lokasi tempat dudukku terletak di bahagian economy class.

Sekiranya kalian mengalami sebarang masalah ketika mencari tempat duduk, pastikan kalian tidak terlalu segan untuk membuka mulut dan meminta pertolongan daripada pramugari yang anggun dan pramugara yang kacak kru-kru yang bertugas. Setelah tiba di tempat duduk, aku lantas memasang tali pinggang keselamatan yang telah disediakan dan melihat gelagat para penumpang yang lain.



PARA PENUMPANG YANG SEDANG SIBUK MENCARI LOKASI TEMPAT DUDUK



MEJA DI HADAPAN TEMPAT DUDUK



PERINGATAN UTAMA KEPADA KALIAN

1) Jangan lupa OFF telefon bimbit ketika berada di dalam kapal terbang. Diingatkan sekali lagi, bukan silent tetapi OFF. Sebarang peralatan komunikasi yang berkeupayaan untuk menjejaskan isyarat kapal terbang dengan menara kawalan adalah DILARANG SAMA SEKALI untuk digunakan di dalam kapal terbang. Bagi diriku, aku memilih untuk menukar setting telefon bimbit kepada flight mode bagi memudahkan operasi untuk merakam gambar-gambar di dalam kapal terbang MAS.

2) Tegakkan tempat duduk kalian SEBELUM kapal terbang berlepas ke udara.

3) Jangan buka meja yang berada di hadapan kalian SEBELUM kapal terbang berlepas ke udara.


Sebelum kapal terbang berlepas ke udara, sedikit demonstrasi mengenai langkah-langkah keselamatan di dalam kapal terbang akan dilakukan oleh kru-kru kapal terbang. Setelah semuanya selesai, kapal terbang akan mula berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menuju ke udara. Bagi kalian yang baru pertama kali menaiki kapal terbang, kalian akan merasakan seolah-olah jantung berhenti berdenyut untuk seketika. Seolah-olah jantung kalian jatuh bergolek ke atas lantai kapal terbang. Usah risau. Pengalaman ngeri itu hanya berlaku untuk seketika sahaja...(^_^)


KAPAL TERBANG MULA BERLEPAS KE UDARA



PEMANDANGAN JOHOR BAHRU



Bagi kalian yang duduk di lokasi berhampiran dengan tingkap, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pemandangan awan, daratan, dan lautan yang sangat indah. Bagi kalian yang berada jauh daripada tingkap kapal terbang, kalian bolehlah melihat pramugari berlenggang-lenggok membaca majalah pelancongan yang disediakan di dalam saku berdepan dengan kalian. Oh, ya! Kalian akan berasa sedikit 'pekak' ekoran tekanan atmosfera ketika kapal terbang sedang bergerak di udara. Kalian boleh menelan air liur atau menghisap gula-gula bagi menghilangkan 'pekak' tersebut. Tetapi, jangan sampai kalian termuntah hijau seperti adegan dalam Drama Korea, My Girl. Kelak, huru-hara jadinya.


PEMANDANGAN AWAN DI UDARA



PEMANDANGAN LAUT CHINA SELATAN



MAJALAH PELANCONGAN YANG DISEDIAKAN



Tidak lama kemudian, para kru akan datang bersama-sama dengan hidangan-hidangan yang akan diagihkan kepada para penumpang. Salah satu sebab mengapa aku memilih untuk menaiki MAS adalah disebabkan hidangan percuma yang disediakan khas untuk para penumpang (AirAsia TIADA hidangan percuma). Aku memilih nasi beriyani ayam daripada dua pilihan hidangan yang disediakan. Sekiranya kalian ingin menggunakan tandas setelah kekenyangan, terdapat kemudahan tandas disediakan di bahagian belakang kapal terbang.


HIDANGAN NASI BERIYANI AYAM DAN PENCUCI MULUT



BEREHAT SEBENTAR BERSAMA KIT KAT



Sejam kemudian, kapal terbang pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Aku membuka tali pinggang dan bergerak keluar daripada kapal terbang. Semoga kalian mendapat sedikit maklumat mengenai suasana di dalam kapal terbang.


OH, SARAWAK YANG TERCINTA!



OH, YA! SELAMAT HARI IBU!
\(^_^)/


Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top