Setiap kali aku melakukan kunjungan ke blogku, perkara pertama yang akan aku perhatikan adalah 'Tukang Kata' Widget. Terkejut aku bukan kepalang, tatkala aku melihat berderet-deret komen daripada insan yang tidak aku kenali. Siapalah yang terlebih rajin ni? Lantas, jari-jemariku mengklik kesemua komen tersebut yang ditaip dalam Bahasa Cina. Aku sangat teruja kerana ada juga insan yang sudi memberi komen-komen dalam Bahasa Cina di blogku.

Sepantas kilat, aku mengunjungi laman web http://babelfish.yahoo.com bagi mengetahui makna di sebalik komen-komen tersebut. Aku copy komen-komen tersebut dan aku paste ke laman web tadi. Rupa-rupanya, kesemua komen tersebut hanyalah spam yang mengiklankan perkara-perkara lucah secara PERCUMA! Kurang asamboi!
~ ALIEN ~ tertipu!

Nampak gayanya, aku terpaksa menukar settings bagi komen-komen di blogku. Aku terpaksa bertindak begini walaupun pada masa akan datang, aku terpaksa approve satu persatu komen-komen di blogku (lecehnya). Rakan-rakan sekalian, sila ikuti langkah-langkah berikut bagi mengelakkan blog kalian dipenuhi dengan iklan-iklan lucah secara PERCUMA.



1) Sign in ke dalam akaun Blogger anda.
2) Klik Settings > Comments.
3) Tukarkan Comment moderation kepada Always.
4) Klik SAVE SETTINGS.


SELAMAT MENCUBA
\(^_^)/


5 Tukang Kata:

hehe~ kie-yu pun pernah kena. tp jual barang la. bkn iklan seks. ntah ape2 je kan.

owwhhh, aku ponn selalu masukk iklan ntah ape2 nihh. tapi mls nk paham! haha.

tenxx 4 the info!!

spams ler tu..haha

Lepas dah change comment mederation to always, then apa ya?

takkan save stting terus?? (thinking..)

Camne nak buat "anda juga mungkin meminati" tu erk...aku ada buat tapi gambar takda tulisan je...aku nak yg camni punya....

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top