Semalam, aku menghilangkan diri daripada dunia blog untuk seketika. Aku terpaksa mengikut keluargaku ke Bandar Sibu atas urusan negara penting yang perlu diselesaikan dengan kadar segera. Sejujurnya, jika tidak disebabkan urusan penting tersebut, tidak ingin kami sekeluarga pergi ke Bandar Sibu melalui jalan darat.


Kenapa? Disebabkan perjalanan daripada Bandar Mukah ke Bandar Sibu melalui jalan darat merupakan sesuatu yang sangat menyeksakan! Jalan raya yang menghubungkan Bandar Mukah dengan Bandar Sibu sangat teruk keadaannya, dipenuhi dengan lubang-lubang, berbatu-batu besar, dan berdebu. Keadaan jalan raya yang berdebu tebal adalah sangat berbahaya ekoran jarak penglihatan pemandu agak terhad bagi melihat kenderaan yang berada di hadapan dan kenderaan daripada arah yang bertentangan. Jika hujan turun dengan lebat pula, ada sahaja kenderaan yang tersangkut di dalam jalan raya yang bertanah becak. Selain itu, banyak kenderaan telah mengalami 'kecederaan teruk' ketika menggunakan jalan raya tersebut.


Jika dahulu, aku boleh muntah hijau sepanjang perjalanan seperti itu. Kini, alah bisa, tegal biasa! Cuma yang menjadi persoalan sekarang, bilakah jalan raya tersebut akan siap sepenuhnya? Selama 7 tahun aku menjadi penduduk Bandar Mukah, penyeksaan menggunakan jalan raya menuju ke Bandar Sibu semakin berterusan seolah-olah tiada penghujung. Ya, aku tidak patut merungut kerana jalan raya di pedalaman Sarawak jauh lebih teruk keadaannya (aku pernah melalui pengalaman itu ketika aku berusia 5 tahun). Jalan raya di pedalaman Sarawak teruk kerana jalan raya tersebut merupakan laluan utama lori-lori balak. Tetapi, Bandar Mukah dan Bandar Sibu bukan terletak di pedalaman dan bukan juga merupakan laluan lori-lori balak. Jalan raya yang menghubungkan Bandar Mukah dan Bandar Sibu seharusnya tidak dibiarkan berkeadaan sebegitu rupa kerana kedua-dua bandar tersebut merupakan nadi utama bagi Bahagian Mukah dan Bahagian Sibu. Mungkin disebabkan itu, rakyat telah bertindak menjatuhkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Sibu (P.212) tempoh hari.

Sila lihat gambar-gambar di bawah sebagai bukti. Oh, ya! Aku mohon kemaafan disebabkan kualiti gambar-gambar yang tidak seberapa. Jalan raya berlubang-lubang, agak sukar untuk mengambil gambar dengan keadaan kereta yang 'melompat-lompat' bak lompatan kijang...(^_^)


PERJALANAN MUKAH - SIBU








KAMI SELAMAT TIBA DI BANDAR SIBU




PERJALANAN SIBU - MUKAH











BUKTI KETIDAKPUASAN PARA PENGGUNA JALAN RAYA TERSEBUT
DI FACEBOOK



JANGAN SAMAN AKU...AKU CUMA RAKYAT BIASA
(T_T)


p/s: Bukti ketidakpuasan rakyat (pengguna jalan raya tersebut)
di Facebook Group boleh dilihat
[di sini]


8 Tukang Kata:

hai...

Awak guna kereta x pe kot.. tak macam saya. Saya guna bus dari sibu nak ke mukah and time tu hampir2 nak kemalangan sebab lori selisih dengan bus.

Saya pergi sibu pun atas urusan keluarga. Dan saya telah berjanji tidak akan ke sibu sekiranya jalan tu dah siap. Tak siap, saya just tinggal kat mukah jer time g umah mak cik.

dulu i plkn kat sibu ta..hehehe..best je...nyway bape jam dr mukah ke sibu?

naik ape2 knderaan...memang sgt mnyeksakan klu guna jln tu. aku prnah gak naik bas...lbh bahaya...bcoz bas kan tnggi. mcm x stabil aje bas time tu...'melompat-lompat'. time tu, spjg prjalanan...brdoa agar bas x trbalik. seram siot!

aku x tau bila la nak siap jln tu...huhuhu

hehehe...sibu memang BEST! jln dari mukah nak g sibu tu yg X BEST...huhuhu

bape jam dr mukah ke sibu? hehehe...soalan cepu emas tu. gara2 jln yg sgt teruk...nak dekat 5 jam gak operasi memandu perlu dilaksanakn. skt sgala urat dok lm2 dlm kreta...huhuhu

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

salam. thx...(^_^)

boleh saya tanya?
di bandar Mukah ada apa-apa pengangkutan awam ke bandar Sibu seperti bas tak?

Tapi sekarang jalan raya Mukah-Sibu, Sibu-Mukah dah baik dan licin je. Kalau pembawaan kereta laju, dapat anggar dalam kurang 3 jam pun dah sampai. Memang dulu jalan agak terok, sekarang alhamdulillah jalan selesa je :)

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top