Alhamdulillah, aku dah selamat sampai di rumahku syurgaku petang tadi. Baiklah...untuk post pada hari ni, aku akan cuba berkongsi dengan kalian mengenai pengalaman menaiki belon kapal terbang. Agak janggal bagiku untuk menceritakan pengalaman sebegitu kerana aku telah menaiki kapal terbang berpuluh-puluh kali. Kelihatan seperti aku sedang berlagak, tapi hakikatnya aku cuma ingin berkongsi ilmu dengan para pembaca yang belum pernah menaiki kapal terbang.

Aku teringat tatkala pertama kali aku menaiki LRT. Ketika itu, keadaanku tidak ubah seperti rusa masuk kampung. Maklumlah, di Sarawak tiada pengangkutan awam yang secanggih itu. Disebabkan itu, aku tidak mahu ada di kalangan para pembaca kelak mengalami situasi yang sama ketika menaiki kapal terbang. Bagi meringkaskan post ini, aku hanya akan berkongsi keadaan ketika berada di dalam kapal terbang. Disebabkan petang tadi aku menaiki kapal terbang MAS, semua perkara yang akan aku ceritakan adalah berkaitan dengan MAS.

Sejurus sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam kapal terbang, mataku liar mencari tempat duduk 20A. Kapal terbang yang aku naiki adalah berjenis Boeing yang mempunyai sebanyak 100 lebih buah tempat duduk. Apakah perbezaan lokasi tempat duduk kapal terbang MAS berbanding kapal terbang AirAsia? Ya, kapal terbang MAS membahagikan tempat duduk kepada dua bahagian utama iaitu business class (tempat duduk mahal) dan economy class (tempat duduk murah). Lokasi tempat dudukku terletak di bahagian economy class.

Sekiranya kalian mengalami sebarang masalah ketika mencari tempat duduk, pastikan kalian tidak terlalu segan untuk membuka mulut dan meminta pertolongan daripada pramugari yang anggun dan pramugara yang kacak kru-kru yang bertugas. Setelah tiba di tempat duduk, aku lantas memasang tali pinggang keselamatan yang telah disediakan dan melihat gelagat para penumpang yang lain.



PARA PENUMPANG YANG SEDANG SIBUK MENCARI LOKASI TEMPAT DUDUK



MEJA DI HADAPAN TEMPAT DUDUK



PERINGATAN UTAMA KEPADA KALIAN

1) Jangan lupa OFF telefon bimbit ketika berada di dalam kapal terbang. Diingatkan sekali lagi, bukan silent tetapi OFF. Sebarang peralatan komunikasi yang berkeupayaan untuk menjejaskan isyarat kapal terbang dengan menara kawalan adalah DILARANG SAMA SEKALI untuk digunakan di dalam kapal terbang. Bagi diriku, aku memilih untuk menukar setting telefon bimbit kepada flight mode bagi memudahkan operasi untuk merakam gambar-gambar di dalam kapal terbang MAS.

2) Tegakkan tempat duduk kalian SEBELUM kapal terbang berlepas ke udara.

3) Jangan buka meja yang berada di hadapan kalian SEBELUM kapal terbang berlepas ke udara.


Sebelum kapal terbang berlepas ke udara, sedikit demonstrasi mengenai langkah-langkah keselamatan di dalam kapal terbang akan dilakukan oleh kru-kru kapal terbang. Setelah semuanya selesai, kapal terbang akan mula berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menuju ke udara. Bagi kalian yang baru pertama kali menaiki kapal terbang, kalian akan merasakan seolah-olah jantung berhenti berdenyut untuk seketika. Seolah-olah jantung kalian jatuh bergolek ke atas lantai kapal terbang. Usah risau. Pengalaman ngeri itu hanya berlaku untuk seketika sahaja...(^_^)


KAPAL TERBANG MULA BERLEPAS KE UDARA



PEMANDANGAN JOHOR BAHRU



Bagi kalian yang duduk di lokasi berhampiran dengan tingkap, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pemandangan awan, daratan, dan lautan yang sangat indah. Bagi kalian yang berada jauh daripada tingkap kapal terbang, kalian bolehlah melihat pramugari berlenggang-lenggok membaca majalah pelancongan yang disediakan di dalam saku berdepan dengan kalian. Oh, ya! Kalian akan berasa sedikit 'pekak' ekoran tekanan atmosfera ketika kapal terbang sedang bergerak di udara. Kalian boleh menelan air liur atau menghisap gula-gula bagi menghilangkan 'pekak' tersebut. Tetapi, jangan sampai kalian termuntah hijau seperti adegan dalam Drama Korea, My Girl. Kelak, huru-hara jadinya.


PEMANDANGAN AWAN DI UDARA



PEMANDANGAN LAUT CHINA SELATAN



MAJALAH PELANCONGAN YANG DISEDIAKAN



Tidak lama kemudian, para kru akan datang bersama-sama dengan hidangan-hidangan yang akan diagihkan kepada para penumpang. Salah satu sebab mengapa aku memilih untuk menaiki MAS adalah disebabkan hidangan percuma yang disediakan khas untuk para penumpang (AirAsia TIADA hidangan percuma). Aku memilih nasi beriyani ayam daripada dua pilihan hidangan yang disediakan. Sekiranya kalian ingin menggunakan tandas setelah kekenyangan, terdapat kemudahan tandas disediakan di bahagian belakang kapal terbang.


HIDANGAN NASI BERIYANI AYAM DAN PENCUCI MULUT



BEREHAT SEBENTAR BERSAMA KIT KAT



Sejam kemudian, kapal terbang pun selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Aku membuka tali pinggang dan bergerak keluar daripada kapal terbang. Semoga kalian mendapat sedikit maklumat mengenai suasana di dalam kapal terbang.


OH, SARAWAK YANG TERCINTA!



OH, YA! SELAMAT HARI IBU!
\(^_^)/


4 Tukang Kata:

br 4x nek kapal terbang
kire 2 destinasi la, pergi-balek
heeee

waaa..seronoknya naik kpl terbang..
saya selalu naik kpl terbang
tp kpl terbang tak terbang2
on ground je..hehe


jenguk2 lah blog saya k
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

skurang2 nyer mrasa gak naik kpl trbg. ade x rs jantung nak jatuh tergolek time kpl trbg baru nak brlepas? hehehe...

kpl terbang tak terbang2 on ground je? ape tu? hehehe...xpe la. insyallah...suatu hr nanti, ade gak peluang naik kpl trbg...(^_^)

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top