INI ~ ALIEN ~


Saban hari, semakin ramai yang keliru mengenai jantina pemilik blog ini. Berkemungkinan disebabkan aku menggunakan nickname ~ ALIEN ~. Aku tidak dapat menyangkal, penggunaan nickname tersebut mengundang 1001 persoalan di kalangan para pelayar siber yang adakalanya singgah menjenguk blogku yang tidak seberapa ini.

Mengapa aku menggunakan nickname ~ ALIEN ~? Sebab utama adalah disebabkan personaliti aku yang pelik umpama makhluk asing (alien). Bukan aku tidak bersyukur dengan personaliti aku kini...tapi, sejujurnya aku sendiri masih tercari-cari identiti diriku yang sebenar.

Ingin aku tegaskan di sini, aku berjantina PEREMPUAN. Sesekali timbul rasa geli hati dalam diri ini ekoran sesetengah pengunjung blog yang gemar memanggilku dengan panggilan 'bro'. Aku mengakui...aku boleh dikategorikan sebagai 'awek brutal'. Aku tidak kisah langsung dengan panggilan 'bro' tersebut. Berkemungkinan dekorasi blog ini yang menyelitkan unsur-unsur bola sepak, telah berjaya menimbulkan perspektif di kalangan para pengunjung blog bahawa aku berjantina LELAKI. Hehehe...amat lucu...(^_^)

Berbalik kepada sebab mengapa aku menggunakan nickname ~ ALIEN ~. Faktor utama adalah disebabkan personaliti aku yang pelik. Aku berjantina PEREMPUAN...tapi, aku cenderung berlagak seperti LELAKI. Oh, aku bukan LESBIAN! Apa yang membuatkan aku pelik seperti 'alien' adalah:


  • Aku tidak gemar bersolek.
  • Aku tidak gemar membeli-belah.
  • Aku tidak gemar membawa tas tangan.
  • Aku tidak gemar mengenakan kasut bertumit tinggi.
  • Aku tidak gemar warna pink.
  • Aku gemar melihat perlawanan bola sepak.
  • Aku gemar menonton anime.
  • Aku gemar membaca komik-komik.
  • Aku gemar mengenakan sandal, selipar jepun, sneakers.
  • Aku gemar warna hitam.
  • Aku menghadapi masalah untuk memasak.
  • Aku menghadapi masalah untuk bergaya.
  • Aku...terlalu banyak perkara yang menyebabkan aku umpama 'alien' berbanding rakan-rakan perempuan yang seusia denganku.


Sekian lama aku gembira dengan personaliti aku. Bertahun-tahun aku selesa dengan penampilanku. Tetapi jujur aku akui, sedikit demi sedikit aku diserang krisis identiti. Tatkala usia aku menganjak ke angka 23, aku selalu berperang dengan faktor persekitaran yang adakalanya menghasut aku untuk berubah menjadi seorang perempuan yang feminin. Aku tidak dapat menyangkal tahap cemburu aku meningkat ketika melihat rakan-rakan yang sama mengharungi alam persekolahan suatu ketika dahulu, seorang demi seorang mempamerkan perubahan personaliti yang sangat ketara. Masing-masing menjadi sangat jelita dengan penampilan yang jelas mempamerkan ciri-ciri kewanitaan. Tetapi aku...tetap dengan ROCK STEADY \(^_^)/

Sungguhpun begitu, adakalanya aku TERBUANG TABIAT...mencuba alat-alat solek, mencuba tas tangan, mencuba pakaian-pakaian yang lebih feminin, mencuba kasut bertumit tinggi, dan sebagainya ekoran situasi diriku yang telah terjebak di dalam dunia percintaan. 'Awek brutal' dah jadi 'awek jiwang'. Oh, tidak!

Pendek kata, kini aku sedang mengalami krisis identiti yang maha hebat...sama ada kekal dengan identiti 'awek brutal' atau berubah menjadi 'awek ayu'. Perasaan geli-geleman lantas menyerang diriku apabila aku cuba membayangkan personaliti 'awek ayu' aku suatu hari kelak. Oh, tidak!

Ekoran krisis identiti yang aku alami kini, maka terciptalah nickname ~ ALIEN ~ yang mewakili personaliti aku yang sangat pelik. Dekorasi blog aku juga jelas mempamerkan kecelaruan identiti yang sedang aku alami. Dekorasi bola sepak disulami dengan dekorasi bunga-bungaan. Warna-warna keceriaan diselit dengan latar belakang hitam yang suram.

Sesungguhnya itulah aku yang bergelar...
~ ALIEN ~


1 Tukang Kata:

ooooo.... kadang kadang aku juga mengalami benda yang sama...

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top