Apa yang anda nampak dalam gambar di atas? Tiada apa-apa yang pelik? Bagiku suatu kejadian yang aneh. Semenjak aku menyertai Geng Blogger (GB) pada bulan Mac yang lepas, buat julung-julung kalinya aku tersenarai secara SERENTAK di kalangan BLOGGER PALING FRIENDLY dan PROFILE POPULAR HARI INI. Aku rasa macam nak pengsan kejap!

Menurut pengalaman aku yang tidak seberapa dalam dunia GB, senarai BLOGGER PALING FRIENDLY merupakan senarai para blogger yang rajin berkunjung ke profile rakan-rakan GB yang lain dan meninggalkan sepatah dua kata di profile-profile tersebut (betulkan aku seandainya aku silap). Jujur dari dasar hatiku, aku tidak serajin itu untuk menjalankan operasi kunjung-mengunjungi profile rakan-rakan GB yang lain. Komitmen sebagai seorang pelajar yang bakal menempuhi peperiksaan akhir, menghalang aku untuk meneruskan operasi kunjung-mengunjungi tersebut. Oleh itu, pada pandanganku, aku tidak layak untuk tersenarai di kalangan BLOGGER PALING FRIENDLY. Ramai rakan-rakan GB yang lain lebih layak untuk tersenarai di situ. Maafkan aku rakan-rakan semua.

Aku ingin bertukar ke topik lain untuk seketika. Aku mengakui, sejak aku kembali semula ke dunia blogging pada tahun ni, post-post aku banyak menggunakan ayat-ayat yang formal. Seboleh-bolehnya, aku ingin mengelakkan penggunaan tatabahasa yang salah. Tidak seperti post-post aku pada tahun-tahun lepas yang penuh dengan bahasa pasar, bahasa rojak, singkatan, dan sebagainya. Kini, sekiranya aku terpaksa menggunakan tatabahasa yang salah, ejaaan bahasa pasar atau bahasa rojak, perkataan Bahasa Inggeris, dan sebagainya aku akan pastikan aku meng'italic'kan perkataan atau ayat tersebut. Jika diikutkan hatiku, ingin sahaja aku kembali menggunakan bahasa pasar, bahasa rojak, dan sebagainya seperti suatu ketika dahulu. Lebih mudah untuk meluahkan sebarang emosi tanpa perlu berfikir mengenai kesalahan penggunaan tatabahasa. Sungguhpun begitu, azamku perlu diutamakan iaitu untuk menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan sedaya upaya mengelakkan penggunaan tatabahasa yang salah.

Siapa lagi yang layak untuk memartabatkan Bahasa Malaysia, kalau bukan kita sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia. Sejujurnya aku mengakui tiada 'darah Melayu' yang mengalir dalam diriku kerana aku memiliki darah berjenis B. Maaf hanya gurauan semata-mata...hehehe. Ya, tiada 'darah Melayu' yang mengalir dalam diriku kerana aku lahir hasil campuran tiga kaum di Sarawak iaitu Melanau (bapa) dan Cina + Kayan (ibu). Namun, aku tetap berbangga untuk menggunakan Bahasa Malaysia dalam blogku walaupun banyak kepincangan masih jelas terserlah.

Alamak, aku telah merepek jauh dari topik yang sebenar. Ampunkan kami penunggu gua, ampunkan kami penunggu gua...(^_^). Baiklah, berbalik semula kepada topik asal. Sehingga ke saat ini aku masih kurang mengerti, bagaimana aku boleh tersenarai sebagai BLOGGER PALING FRIENDLY dan PROFILE POPULAR HARI INI? Sedangkan pada hematku, penggunaan ayat-ayat yang terlalu formal akan menyebabkan para pembaca mudah berasa jemu dan blog tersebut tidak akan mendapat sambutan. Tetapi, kejadian sebaliknya pula yang berlaku terhadapku. Sesungguhnya aku tidak mengerti...



7 Tukang Kata:

tahniah2. kalau tak silap, blogger paling friendly paling byk lawat blog2 post yg diping. Kalau dulu la rasenye. =)

waaaaaaaaa...
tahniah2..haha..
rajin bebenor la ni ek on9 check blog org..
melompat2..hahaha..

tahniah bro...kang ko lompat dlm ping yg aku post plk..hikhik

tahniah!!! sis xpernah list ke situ..nammpak sgt kurang friendly :)

waaa rajinnn

tahnniah.. gunakan bahasa yang sebetulnya.. jangan banyak guna ayat-ayat potong.. ayat skema pun kalau diguna dan diolah dengan cara yang betul akan menarik minat para pembaca..

Tahniah dari remedy...nanti bolehlah share tips nak jadi friendly dlm GB

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top