Aku bangun pagi dengan harapan untuk menyelesaikan beberapa urusan di Kampus Induk, UTHM dan menemani pakwe ku cayang di Perpustakaan UTHM. Malangnya, bekalan air tiada! Huhuhu...baru aku teringat, Parit Raja mengalami masalah bekalan air dan bekalan air terpaksa dicatu. Bekalan air hanya ada pada pukul 10 pagi - 10 malam. Habislah! Mesti pakwe aku bising disebabkan kelewatan aku.

Setelah sekian lama menanti kemunculan air dengan penuh tekanan perasaan, akhirnya air yang dinanti keluar mencurah-curah dari kepala paip. Oh, AIR MILO yang fresh dari kepala paip! Kelihatan sangat sedap tetapi tidak boleh diminum oleh para pengguna (amaran keras daripada Kerajaan ~ ALIEN ~). Tanpa perasaan geli-geleman, aku mandi dengan secukup rasa.

Setelah penat bersiap ('awek brutal' penat bersiap? wakakaka), aku menyertai larian 100 meter ke perhentian bas. Manalah bas kuning Colour Plus ni? Eh, silap. Bas kuning dah tak wujud...telah mengalami transformasi warna kepada warna ungu. Harapan untuk menaiki bas ungu Colour Plus secara PERCUMA punah apabila bas yang dinanti tetap tidak kunjung tiba. Akhirnya, aku terpaksa membulatkan tekad menaiki bas Johore Motor ke Kampus Induk, UTHM dengan bayaran sebanyak RM 0.80.

Oh, sesungguhnya aku terlalu malas untuk menceritakan dengan teliti setiap perkara yang aku lakukan di Kampus Induk, UTHM. Setelah segala urusan selesai, aku melakukan kunjungan ke Perpustakaan UTHM. Di sana, aku duduk di celah-celah rak buku...menghirup aroma daripada pelbagai jenis buku. Aku duduk di situ (agak lama) sehinggalah pakwe aku mengajak aku duduk bersama-sama 2 orang rakan sekelasnya di sebuah meja.

Apabila budak IT duduk bersama-sama dengan budak-budak mekanikal...budak IT duduk di tepi meja, TOLONG TENGOK tugasan budak-budak mekanikal...hehehe. Tanganku mulai gatal-gatal dan aku mulai mengambil beberapa keping gambar panorama ketika itu.



PANORAMA 1



PANORAMA 2



Dek kerana perasaan bosan tahap kritikal (berkemungkinan pakwe aku menyedari perasaan aku ketika itu), pakwe aku meminta aku menaiktaraf blognya yang telah ditinggalkan berkurun lamanya. Blog pakwe aku tu, telah aku hasilkan pada bulan Mac tahun 2009 bersempena dengan tugasan kuliah yang diberikan oleh pensyarahnya. Agak tebal sarang labah-labah yang menyelaputi blog itu...hehehe. Bersungguh-sungguh aku membuang kesemua sarang labah-labah tersebut, aku tukar dekorasi yang sangat simple kepada dekorasi yang lebih trendy, aku daftarkan Akaun Nuffnang untuknya, aku cat dengan widget berunsurkan bola sepak, aku tempek Encik Nuffy, dan sebagainya.

Setelah pelbagai template dipakai buang, akhirnya blog pakwe ku telah memiliki wajah baru. Lihat lah...



INI BLOG ASK



Jemput singgah ke blog pakwe ku cayang di
http://iniblogask.blogspot.com
\(^_^)/


0 Tukang Kata:

Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top