Gambar di atas tiada kaitan dengan tajuk post. Gambar yang terpapar merupakan kertas peperiksaan akhir bagi subjek Falsafah Pendidikan dalam PTV (MBE 1013) yang telah aku goreng duduki petang tadi. Jangan ditanya bagaimana situasiku setelah menjawab kertas peperiksaan tersebut. Arghhh, BENCI! Soalan-soalannya memang kembar seiras dengan soalan-soalan Semester 1 Sesi 08/09! Aku dah jawab soalan-soalan tu malam tadi, tapi nasibku sememangnya malang. Aku hilang ingatan berkenaan dengan jawapan-jawapan yang telah kucari dan kujawab malam tadi. Aku redha dengan nasib yang menimpaku. Biar apa-apa pun yang berlaku selepas ni, aku terima suratan takdir kehidupanku dengan penuh kerelaan.

Jom kita bergerak ke Pasar Malam Taman Universiti. Oh, nasi kerabu. Dikaulah pengubat duka nestapa di hatiku. Sekian lama aku tidak menjamah nasi kerabu, hari ni baru dikau kutemui (angau tahap kritikal terhadap nasi kerabu). Maklumlah, kali terakhir tekakku dihidangkan dengan keenakan nasi kerabu adalah pada tahun lalu ketika aku menjalani latihan industri di Kuala Lumpur. Setelah aku pulang ke kampung halaman di Sarawak, batang hidung nasi kerabu tidak lagi kutemui (nasi kerabu ada batang hidung?).

Kini, aku kembali semula ke Semenanjung Malaysia. Walaupun aku berada di Selatan Semenanjung Malaysia, akhirnya dikau kutemui jua wahai nasi kerabu. Sungguh teruja hatiku tatkala mataku terpandang kelibat nasi kerabu di pasar malam tadi. Lantas tiga keping RM 1 kuhulurkan kepada penjual dengan hati yang girang. Harganya agak mahal namun aku berpuas hati kerana aku berjaya memperolehi budu dalam kuantiti yang banyak...wakakaka. Sekurang-kurangnya masalah mengidam telur ikan tembakul rindu yang menyeksa jiwa ragaku telah terlerai dan pergi bersama-sama dengan kekecewaanku terhadap kertas peperiksaan tadi.



NASI KERABU PASAR MALAM (RABU) TAMAN UNIVERSITI
("Mak cik, letak budu lebih ye")



NASI KERABU, AKU SANGAT GEMBIRA BERTEMU DENGANMU
\(^_^)/


2 Tukang Kata:

nasi kerabu ado budu sedap ^__^

Sambil Berblog Korang Buat Apa Ey?

hikhik... sanggup u kata mahal.. RM1 kan murah :P




komen i punya entry gak ye.. klik bertubi-tubi kat sini >>You all nak header cantik dan pro? Let me design for you.. :)



Related Posts with Thumbnails

\(^_^)/

.:STATUS:.
hr ni 17/9/2011...giler la! dh stahun lbh blog aku x update. giler x giler!
back to top